7 Aplikasi Smartphone Terbaik Untuk Edit Gambar

GAYA HIDUP
July 04, 2019 - 12:09 PM


Gambar merupakan salah satu ‘cenderamata’ percuma yang kita boleh bawa pulang dari mana-mana destinasi percutian tanpa ada sebarang masalah sangkut di imigresen mahupun kastam. Selain dijadikan kenang-kenangan dan memori indah, sebuah gambar boleh menceritakan pelbagai cerita.

Masa kini, boleh dikatakan setiap orang pasti akan mengambil gambar di mana-mana destinasi yang mereka pergi untuk tatapan sendiri mahupun dikongsi melalui laman-laman sosial.

Sebelum berkongsi sesebuah gambar, paling tidak pun kita akan edit sedikit (melainkan ianya sempurna). Kadang-kadang mungkin gambar senget, kurang pencahayaan dan lain-lain.

Disebabkan kebanyakan telefon pintar kini mempunyai kamera yang canggih, ramai ‘kaki travel’ kini mengambil gambar menggunakan smartphone sahaja. Satu, sebabnya mudah. Ambil gambar, edit, terus muat naik di laman sosial.

Untuk meng-edit gambar, ada beribu aplikasi tersedia untuk smartphone. Rata-rata program yang ada di desktop kini pun telah mengeluarkan versi kompak untuk smartphone. Jadi, dalam ribuan aplikasi yang ada; berikut adalah aplikasi terbaik untuk photo editing.

#1. Adobe Phototoshop Fix

Macam yang kami katakan tadi, kebanyakan pengeluar program yang sebelum ini mengeluarkan produk untuk PC telah menyediakan versi kompak untuk smartphone. Salah satu daripadanya adalah Adobe lah.

Kalau diperhatikan, memang banyak produk Adobe yang power untuk digunakan. Photoshop Fix ni misalnya. Ia merupakan aplikasi yang mempunyai fungsi yang agak banyak dan boleh dikatakan terlengkap.

Antara plus point aplikasi ini adalah, ia mampu membaiki atau mengembalikan foto digital yang telah rosak dan lain-lain. Kesemua fungsi ini disokong oleh Adobe CreativeSync.

 

#2. Adobe Lightroom

Sebuah lagi aplikasi daripada Adobe; Lightroom. Kalau nak dibandingkan, Lightroom ini sebenarnya ‘adik’ kepada Photoshop. Kelebihannya terletak pada menguruskan foto digital kita.

Di Lightroom, ada pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk menaikkan seri gambar dan paling menarik, ada preset. Untuk preset ni, kita boleh muat turun dari website dan sebagainya atau boleh set mengikut kehendak sendiri.

Proses mengedit gambar di Lightroom semudah muat naik gambar, tekan sahaja butang preset, dan pilih yang mana berkenan di hati. Kalau nak cuba edit satu persatu pun boleh, banyak ruang untuk belajar disini.

 

#3. Canva

Canva ni sebenarnya lebih kepada membuat editing grafik. Misalnya rekabentuk poster, flyer, banner, infografik dan sebagainya.

Untuk edit gambar pun ada, ada juga filter, frame, ikon dan sebagainya. Korang boleh cuba lah Canva ni. Untuk contoh, rasanya banyak ada di Pinterest.

 

#4. PicsArt

PicsArt boleh dikatakan salah satu apliaksi kegemaran ramai jugak dalam meng-edit gambar ni. Kelebihannya, layout dia mudah untuk difahami selain mempunyai kelebihan untuk menaikkan kualiti gambar serta memperbaik perincian pada gambar.

 

#5. PixelLab

PixelLab ini boleh dikategorikan sebagai aplikasi yang sederhana dan ia berfokuskan kepada gambar kombinasi antara foto, teks dan ikon.

Jadi, kalau anda minat edit gambar untuk letak tulisan-tulisan dan sebagainya, boleh gunakan PixelLab. Yang tak bestnya, ia tersedia untuk android sahaja.

 

#6. Pixlr

Pixlr ni salah satu aplikasi mudah, cepat dan pantas untuk mengedit gambar. Kalau gambar gelap, boleh diterangkan dengan sesuai.

Pixlr juga boleh nak masukkan teks, sticker dan lain-lain

 

#7. Snapseed

Snapseed merupakan aplikasi photo editing kepunyaan Google dan boleh dikatakan antara yang terbaik setakat ini.

Jika anda seorang yang mahukan lebih daripada software editing biasa tetapi tak mahukan sesuatu yang sangat memeningkan, Snapseed adalah yang terbaik dan ia membolehkan kita mendapatkan kualiti atau kesan editing yang sempurna yang kita boleh dapati daripada mana-mana aplikasi meng-edit photo bertaraf professional namun prosesnya tidak merumitkan.

Gambar kiri sebelum edit guna Snapseed, kanan, selepas edit

Jadi, antara banyak-banyak ni, anda gunakan yang mana satu?

Nota Editor : Selalu edit gambar menggunakan Snapseed, kemudian smoothkan lagi di Lightroom. Kalau gambar dah cantik, masukkan di salah satu sahaja untuk naikkan seri, kendian terus share di Instagram.

Contoh; gambar di Songkhla Beach ni, guna Lightroom je.

 


PILIHAN EDITOR