Harga iPhone 8 Dijangka Dijual Bermula Dari RM5,000
GAYA HIDUPSeptember nanti dijangka Apple akan melancarkan generasi terbaru untuk iPhone 7S, iPhone 7S Plus dan juga iPhone 8. Ramai peminat iPhone mula berkira kira untuk membeli iPhone terbaru ini kerena harga iPhone di jangga bermula dari RM5,000. Agak mahal jika dibandingkan dengan keluarga iPhone sebelum ini.
Apple dijadual akan memperkenalkan tiga peranti iPhone baharu pada bulan hadapan, iaitu kemas kini untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sekarang dengan iPhone 7s dan iPhone 7s Plus dan iPhone 8 terbaru dengan panel paparan skrin OLED bersaiz 5.8-inci kurang-bezel.
Bagi harga peranti ‘7s’, dijangka akan berharga atau menggunakan harga yang sama seperti dengan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sekarang manakala untuk ‘iPhone 8’ akan lebih mahal. Tidak dipastikan berapa harga yang sebenar tapi dalam laporan tersebut menyatakan harga permulaan dijangka ialah bermula dari $999 (~RM5,000 atau lebih tepat Rm4,270 iaitu harga yang ditukar secara terus tanpa dikira cukai dan lain-lain sekarang ini).
Dengan harga bermula dari $999 (RM5,000), iPhone 8 akan hadir dengan kapasiti storan 64GB – storan permulaan untuk kesemua model asas peranti iOS bermula pada tahun ini. Apple dilapor akan menawarkan storan 254GB dan 512GB seperti yang dilaporkan sebelum ini dengan masing-masing ditambah sebanyak RM500 bagi setiap storan untuk harga di Malaysia. Bagi storan model asas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga dilapor akan digandakan daripada 32GB kepada 64GB.
Jika betul, harga premium ini dilihat sesuai dengan ciri yang ditawarkan seperti Face ID yang menggantikan Touch ID dengan mengimbas wajah yang jauh lebih pantas berbanding imbasan cap jari. Selain itu, kamera hadapan juga mempunyai sistem pengesahan kamera 3D, sistem teknologi laser 3D untuk pengesanan dan pengukuran bagi sistem augmented reality (AR) dan skrin kurang-bezel OLED.
Sumber: 9to5Mac