Koleksi Tali Pinggang Kamen Rider Pensyarah Bernilai Lebih Dari RM40,000

GAYA HIDUP
January 20, 2021 - 06:22 AM


Henshin!

Itulah ayat yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak pada satu ketika dahulu. Siri Kamen Rider yang berasal dari Jepun memang sangat dikagumi oleh kanak-kanak. Dan salah seorang peminat siri tersebut adalah Muhamad Asyraf Rosli, pensyarah yang berusia 31 tahun sekarang ni. Asyraf kini mempunyai 57 unit tali pinggang kamen rider edisi 2000 hingga 2020.

Menurut Asyraf, beliau mula mengumpul tali pinggang ini sejak masuk ke sekolah menengah dan universiti. Dan sebaik sahaja beliau memulakan kerja, pembelian dilakukan secara online direct dari pengedar di Jepun tau. Dengan kata lain, kualiti binaan tali pinggang tersebut memang sangat berkualiti tinggi jika nak dibandingkan dengan kedai mainan yang ada di Malaysia.

Asyraf juga sanggup berbelanja sehingga RM5,000 untuk satu unit tau. Dan jumlah keseluruhan harga sekarang ni melebihi RM40,000. Menurutnya, walaupun harga barangan tersebut agak mahal, namun demi kepuasan beliau sanggup berbelanja. Ada juga koleksi lain yang dikumpul seperti Power Rangers dan Digimon, tetapi tidak sebanyak koleksi Kamen Rider.

Yang paling best, isteri beliau, Nurllia Natasha, memberi sokongan dan melayani minat suaminya. Memang seronok dapat pasangan yang supportive terhadap minat kita kan? Selain tu, Asyraf juga mempunyai rakan di media sosial bagi bertukar idea dan maklumat mengenai koleksi mereka. Memang best la, semoga Asyraf teruskan minat beliau dalam mengumpul barangan Kamen Rider ni.

Sumber: Harian Metro