Hati-Hati! Pakai Jersi Bola Sepak Boleh Jatuh Haram!

GAYA HIDUP
August 20, 2024 - 04:40 PM


Seperti biasa, musim baharu liga bola sepak Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris baru sahaja bermula. Menjadi kebiasaan peminat bola sepak terutama yang menyokong pasukan pasukan-pasukan terkemuka dunia sudah tentu menantikan saat untuk menggayakan jersi terbaharu pasukan kegemaran mereka.

Namun, tahukah anda? Jika terlepas pandang, hukum memakai jersi pasukan bola sepak kegemaran anda boleh jatuh haram! 

Menurut laman instagram classicfootballshirts, 55 peratus penajaan EPL musim 2024/25 adalah daripada syarikat judi yang melibatkan 11 kelab.

Pasukan pertama yang mempunyai penaja syarikat judi adalah Fulham melalui Betfair pada musim 2002/03. West Ham pula kelab paling lama ditaja Betway selama 11 musim.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakai baju yang berlogo syarikat arak dan judi telah menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang kerana ia termasuk dalam usaha bagi mempromosi serta melariskan arak dan judi.

Adapun begitu, bagi mereka yang mempunyai pakaian seperti ini mereka boleh memakainya dengan cara menterbalikkan pakaian tersebut supaya logo dan lambang tersebut tidak kelihatan.

Destination: