Jom Lihat Apa Kata Malaysia Tentang Melancong Semasa Pandamik Covid-19

PILIHAN EDITOR
June 19, 2020 - 05:23 PM


Baru-baru kami ada menjalankan survey tentang melancong semasa Covid 19. Semasa survey ini dijalankan tahap kebimbangan tentang virus ini masih lagi di tahap awal. Menurut pemerhatian kami, rata-rata mereka yang telah pun menempah tiket penerbangan dan pakej pelancongan ingin meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi. 

Secara tidak lansung, jika kita lihat penyebaran Covid-19 di Malaysia banyak berpunca dari mereka yang pulang dari luar negara. Tetapi bukan itu yang ingin kami pertikaikan. Menurut keputusan survey, orang kita memang berani untuk melancong pada ketika itu disebabkan tak siapa yang menduga Covid-19 akan jadi sebuah pandemik. 

Survey di bawah dijalankan bermula Januari 2020 sehingga Mac 2020 sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan di kuatkuasakan. 

Disebabkan PKP dilaksanankan kesemua mereka tidak mempunyai pilihan melainkan batalkan semua perjalanan yang telah dirancang. 

Walaubagaimanapun, pelancongan domestik baru sahaja dibuka semula dan bagi mereka yang telahpun membuat perancangan sehinggah akhir tahun masih boleh diteruskan. Tetapi malangnya melancong ke luar negara masih lagi tidak dibenarkan buat masa sekarang dan dijangka pada tahun 2023 barulah destinasi pelancongan seluruh dunia kembali normal. 

Baca: 2023 Tahun Dijangka Kita Bebas Melancong Seperti Biasa

Bagi rakyat Malaysia pilihan yang ada adalah Cuti-Cuti Malaysia. Negara kita juga menawarkan banyak tempat menarik yang boleh diterokai. 

Namun begitu, melancong selepas PKP tidak akan lagi sama seperti sebelum ini kerana kita perlu menerapkan  NORMA BAHARU dalam setiap aktiviti harian kita termasuklah melancong. 

Baca: Cuti-Cuti Malaysia, Ini Yang Perlu Anda Tahu Bila Melancong Dalam Norma Baharu!

Untuk mereka yang masih lagi samar-sama tentang norma baharu boleh baca artikel terdahulu. 

Berikut merupakan pemenang untuk cabutan bertuah yang kami anjurkan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam survey Covid-19 kami sebelum ini. Tahniah kepada anda yang terpilih. Anda telah memenangi Penginapan Di Grand Ion Delemen Hotel, Genting!

THE WINNER: NOR SYAKIRAH HASHIM dari Pahang

EMAIL: [email protected]

Baca: Jawab Survey COVID-19 & Anda Berpeluang Menang Penginapan Di Grand Ion Delemen Hotel, Genting!