Jom Shopping Di The Face Shop Sambil Tolong Komuniti

GAYA HIDUP
March 11, 2021 - 06:34 PM


Untuk korang yang suka shopping barangan penjagaan kulit Korea, terutama sekali dari The Face Shop, syarikat induk mereka LG Household & Health Care Malaysia bakal melancarkan kempen #RelayBersamaJiayou di mana pengguna berpeluang untuk berbelanja sambil membantu komuniti yang memerlukan dalam mendapatkan barangan keperluan asas di waktu yang sukar ini. 

Mulai Sabtu ini (13 Mac), kita semua boleh sama-sama membantu mereka di bawah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, MAKNA, Komuniti Tukang Jahit Malaysia, Epic Home dan Yayasan MyKasih, di mana kebanyakan komuniti di bawah mereka tergolong di dalam kumpulan B40. 

Membeli keperluan asas seperti cecair pembasmi kuman, dan pelitup muka mungkin bukan sesuatu yang mudah bagi mereka di dalam kumpulan ini. Jadi korang boleh tolong dorang dapatkan keperluan asas ketika pandemik ini dengan cara berikut: 

1. Dapatkan barangan penjagaan kulit di The Face Shop, belif, Beyond dan semua jenama di bawah payung yang sama. 

2. Selepas membuat pembelian, korang akan diberikan pilihan untuk calonkan organisasi yang akan menerima derma barangan keperluan asas yang akan diberikan oleh LG Household & Health Care Malaysia.

3. LG Household & Health Care Malaysia akan mengagihkan barangan keperluan asas Covid-19 (penyembur pembasmi kuman, tisu sanitasi tangan, dan pelitup muka KF-AD) kepada organisasi yang korang calonkan. 

Korang boleh juga menyertai kempen ini melalui pembelian atas talian, ataupun dengan menggunakan perkhidmatan personal shopper.

Impak Covid-19 telah mengubah struktur sosioekonomi negara dan menyebabkan ramai berjuang untuk meneruskan kehidupan. Bantuan yang disalurkan kerajaan mungkin hanya cukup untuk kegunaan harian. LG Household & Health Care Malaysia berharap rakyat Malaysia mampu bersama-sama membantu meringankan beban mereka dengan bantuan barang keperluan asas Covid-19 menerusi kempen  #RelayBersamaJiayou.

Destination: