Kecoh! Seorang Pengkid Tunai Umrah Siap Berihram!
GAYA HIDUPKecoh di platform Twitter tentang satu pendedahan yang sangat mengejutkan dan berkait dengan agama Islam. Pengguna Twitter Aliya, mendakwa seorang wanita pengkid pergi menunaikan umrah siap berpakaian ihram!
berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram hahahaahha. mampus kau lah sana semoga kena panah petir x pun lumpuh sebelum balik. Main2 dengan hukum Allah
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 11, 2022
Sumber dari Lobak Merah, Aliya mendakwa yang wanita berkenaan telah mengerjakan umrah dengan menggunakan visa pelancong dan memasuki Arab Saudi melalui Riyadh.
Sebelum orang tuduh saya photoshop, nah lah bukti. I nak edit gambar sendiri pun hidung jd micheal jackson inikan pula nak photoshop. pic.twitter.com/lfpzthw6Zf
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022
Perkongsian Aliya meraih perhatian ramai netizen di Twitter kerana bukan hanya mengaku sebagai lelaki tulen tetapi juga dia turut mempersendakan hukum Allah dengan menunaikan umrah memakai ihram.
Ramai turut mempersoalkan bagaimana perkara begini boleh berlaku dan adakah pihak berwajib tidak periksa jantina seseorang itu sebelum mereka menunaikan umrah.
Sebelum ini, perkongsian Aliya pernah tular tentang pendedahan di mana dia telah ditipu seorang wanita berperwatakan seperti lelaki yang mengaku dirinya lelaki tulen serta beberapa penipuan lain.