Kuntilanak 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia Minggu Hadapan!

GAYA HIDUP
July 17, 2019 - 12:39 PM


Filem seram Indonesia, Kuntilanak mencatat kutipan Box Office sebanyak RM1.3 juta di Malaysia ketika tayangannya Jun tahun lalu.

Minggu hadapan, sekuel filem berkenaan; Kuntilanak 2 bakal ‘menghantui’ pawagam-pawagam di Malaysia bermula 25 Julai 2019.

Diarahkan oleh Rizal Mantovani, Kuntilanak 2 membariskan pelakon seperti Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry dan ramai lagi.

Berkisah tentang Karmila ( Karina Suwandhi), yang datang ke rumah Donna dan mengaku sebagai ibu kandung Dinda (Sandrinna Michelle) dan mahukan Dinda untuk melawatnya di rumah yang terletak di dalam hutan tersebut.

Walaupun tidak dipersetujui oleh Donna, Dinda tetap berkeras untuk menemui ibu kandungnya ini. Dinda ke rumah Donna dengan beberapa orang sahabatnya untuk bertemu Karmila.

Nak dijadikan cerita, setibanya di rumah berkenaan, mereka sedar yang mereka telah tiba di ‘dunia’ Kuntilanak dan perlu meninggalkan tempat yang angker tersebut.

Nak tahu pengakhirannya, sama-sama kita saksikan Kuntilanak 2 yang bakal masuk ke pawagam-pawagam di Malaysia pada 25 Julai nanti.

[ Menangi 2 Tiket Ke Tayangan Perdana Kuntilanak 2 ]

Rileklah dan TGV Pictures sekali lagi bergabung untuk memberikan sepasang tiket ke tayangan perdana filem Kuntilanak 2 kepada semua pembaca. Kami mencari 20 orang pembaca bertuah untuk ke tayangan perdana seperti yang tertera di bawah :

Lokasi : TGV Cinema, 1 Utama

Tarikh : 22 Julai 2019, Isnin

Masa : 9 Malam

Seperti biasa; kami perlukan korang untuk mengisi borang yang disediakan di bawah :

Mudah je kan? Kami akan hubungi pemenang pada hari Isnin seawal jam 9 pagi melalui Facebook.
Sementara tu, kita tengok trailer dulu lah =D