
Lihat Hasil Yang Menakjubkan Ini, Apabila Bas Dua Tingkat Dijadikan Rumah Untuk Gelandangan…
GAYA HIDUPDengan keadaan cuaca dan suhu yang semakin sejuk di UK, masa inilah yang paling penting untuk memastikan gelandangan di sana mendapat tempat perlindungan atau tempat tinggal yang mampu untuk mereka teruskan kehidupan seharian.
Dua wanita UK hari ini telah menwujudkan satu ‘trend’ dengan mengubah suai bas untuk dijadikan tempat tinggal untuk golongan gelandangan. Projek yang dinamakan The Rucksack Project ini berjaya mengumpulkan komuniti setempat untuk berkerjasama untuk usaha murni ini.
Bas dua tingkat oleh Stagecoach ini pada awalnya ingin dimusnahkan. Namun, selepas 8 bulan melalui pelbagai pengubahsuaian yang menggunakan tenaga 70 ke 80 orang, bas itu kini dilengkapi dengan 12 buah katil, lounge serta sebuah dapur.
Tempat perlindungan baru itu tidak lama lagi akan diparkir di hadapan Gereja St. Agatha, di mana ia diharapkan dapat membantu gelandangan dalam anggaran seramai 300,000 orang yang kini tinggal di Britain.
Sumber : BoredPanda
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video