Uncle Kentang Diiktiraf Oleh Queen Elizabeth!

GAYA HIDUP
September 17, 2021 - 02:05 PM


Aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang' telah dianugerahkan Anugerah Komanwel Points of LIght hasil penglibatan beliau dalam aktiviti amal dan kebaikan yang dilakukankannya sejak 20 tahun lalu. 

Harapan beliau setelah menerima anugerah tersebut adalah agar mendrorong lebih ramai lagi individu, organisasi bukan kerajaan dan syarikat koporat untuk menghulurkan bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan pelarian dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR)

Uncle Kentang menyatakan pernghargaannya kepada semua rakyat Malaysia yang menderma dan menyokong semua inisiatif beliau dalam meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan

Anugerah itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay di kediaman rasminya di sini hari ini, bagi pihak Ratu Elizabeth II. Anugerah itu diberikan Ratu England, selaku Ketua Komanwel, kepada sukarelawan daripada 54 negara Komanwel sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja sukarelawan..

Kuan berkata beliau dan pasukannya akan memulakan inisiatif menghantar perkhidmatan ambulans untuk mengangkut pesakit COVID-19 dari rumah mereka ke hospital terdekat di Lembah Klang, mulai esok. Terdapat empat ambulans di bawah seliaan mereka setakat ini.

Selain itu, rundingan sedang dibuat dengan beberapa kerajaan negeri untuk membuka rumah penjagaan warga emas gaya resort dalam usaha memberikan kehidupan berkualiti dan kondusif kepada golongan itu secara percuma, katanya yang mula digelar Uncle Kentang sejak mengedarkan kentang kepada orang miskin.

Sumber: Astro Awani

Destination: