Lupa Bawak Powerbank ? Jangan Gelabah, Ada Trick Nak Jimatkan Bateri Handphone Sebenarnya

GAYA HIDUP
January 31, 2019 - 04:33 PM


Sekarang ni powerbank adalah satu keperluan yang sangat penting. Kadang-kadang, disebabkan banyak sangat aplikasi atau main game macam PUBG atau Mobile Legend memang lagi cepat bateri phone tu ‘makan’.  

Ada beberapa perkara sebenarnya yang kita buat boleh sebabkan bateri phone kita cepat habis, dan sebenarnya ada beberapa aplikasi yang boleh korang gunakan untuk tingkatkan ketahanan bateri korang tu.

Jadi, kalau misalnya bateri korang dah low dan kebetulan lupa pulak bawak powerbank ini ada tips dan trick yang korang boleh gunakan untuk jimatkan penggunaan bateri phone.

#1. Turunkan kecerahan skrin

Lagi besar skrin telefon, lagi cepat bateri habis. Jadi bayangkanlah kalau korang gunakan phone dalam keadaan kecerahan paling tinggi.

Kalau korang nak tahu, skrin telefon adalah salah satu punca utama bateri cepat habis.

 

#2. Gunakan ‘Silent Mode’

Untuk lebih efisyen, matikan vibrate. Phone dalam keadaan silent dan tak ada vibrate lagi tahan lama. Sebabnya vibration phone tug una bateri banyak sebenarnya.

Cuma, pastikan kita alert lah kalau-kalau ada panggilan penting.

 

#3. Off Data

Ha, kebiasaannya kalau kita on-kan data, segala aplikasi yang running di background akan tetap running. Walaupun tak ‘makan’ banyak sangat bateri tu, tapi lagi jimat bateri kalau off data.

Buka data bila perlu SAHAJA.

 

#4. Set ‘Flight Mode’

Bila Flight-mode diaktifkan, secara automatic data akan termati secara sendiri. Bukan takat data, perkhidmatan telefon korang pun akan termati.

Setidaknya, korang ada bateri kalau-kalau terjadinya kecemasan.

 

#5. Kurangkan Main Game

Bila dah tahu bateri low, janganlah main game. Sebabnya penggunaan CPU akan meningkat dan grafik juga memakan bateri korang tu nanti. Kena pulak game-game yang grafik tinggi.

Setakat main game dekat Plato, takpe kot. Tapi ingat, Plato gunakan data internet. Cepat makan jugak bateri nanti. Hehe.

 

#6. Jangan on dan off phone dengan kerap

Kalau nak jimat bateri, tolong jangan on dan off telefon korang berulang-ulang kali. Sama jugak dengan lock dan unlock. Kalau tak ada apa-apa yang penting, tak usahlah asik unlock.

Terima ajelah hakikat, crush korang tak reply whatsapp korang. Okay?

 

#7. Wifi / rangkaian 4G

Kalau tak perlukan wifi, tutup signalnya. Kalau tak, phone akan sentiasa ‘running’ untuk mencari rangkaian wifi yang tersedia. Selagi dia tak jumpa, selagi itulah dia akan terus mencari. Alah, sama macam kita cari jodoh jugak.

Selagi tak jumpa yang betul-betul jodoh kita, kita akan cari sampai jumpa. Walaupun kadang-kadang yang datang hanyalah bodoh, bukan jodoh. Eh, berpuitis pulak.

Oh, rangkaian 4G adalah paling jimatkan bateri kalau korang nak tahu. Sebabnya teknologi baru ni, biasanya dia akan pastikan pengunaan bateri telefon dalam keadaan paling optimum.

Moga lepas ni, sama-sama kita tak kelam kabut kalau bateri low dan jadi merah bila keluar. =)