
Tips Ambil Foto 'Perfect' Persis Instafamous
GAYA HIDUPDengan adanya smartphone yang dilengkapi dengan kamera yang canggih, ditambah pula dengan apps yang pelbagai untuk mencantikkan gambar, kini semua dah boleh jadi ‘photographer’.
Dalam pada masing-masing nak upload gambar cantik di Instagram, sebenarnya masih ramai yang tak tahu menggunakan kelebihan yang ada pada telefon pintar masing-masing.
Sebenarnya, ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk dapatkan gambar cantik macam ‘instafamous’, tapi suka kitorang ingatkan, diorang ni bukanlah ‘tuhan’ untuk diagung-agungkan, cuma diorang ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Sebelum ini ada jugak kami kongsikan 9 Tips Dari Instafamous Untuk Dapat Gambar Cantik. Kiranya ini penambahan lagi… Hehehe
Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebenarnya ada beberapa tips yang korang boleh ikut, antaranya :
#1. Gunakan Cahaya Pagi
Pencahayaan adalah perkara yang sangat penting untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kalau kita perhatikan, mana-mana studio gambar, mesti ada banyak lampu untuk memberikan pencahayaan yang sempurna.
Cuma, untuk dapatkan yang ‘sempurna’ tu bergantung kepada kita. Apa yang ingin kita sampaikan. Tapi, cahaya waktu pagi nampak lebih ‘natural’ dan kalau nak tangkap gambar bangunan, nampak lebih menyerlah.
#2. Nampakkan ‘Depth’
Kalau cahaya, ia membantu mood, kalau depth pula ia akan ‘tunjukkan’ kepada orang apa yang kita ingin diorang tengok. Maksudnya, kalau gambar tu berkaitan dengan bangunan, garisan-garisan bangunan tersebut perlu diselarikan.
Kebiasaannya, depth ini kita bahasakan sebagai jarak antara objek yang paling dekat ke kamera dan yang paling jauh. Cuba ambil gambar daripada satu sudut pandang, cara yang paling mudah adalah ‘on’ kan fungsi grid pata kamera. Dengan ini, korang secara tak langsung akan dapat depth dan jugak gambar yang sekata.
#3. Main dengan perspektif
Sudut pandang sesuatu gambar ni ada banyak, boleh jadi dari depan, dari kiri-kanan atau atas-bawah. Kalau gambar dari sudut depan nampak biasa, cuba ambil dari bawah dan sebagainya.
Cuba rendahkan kamera ke permukaan tanah untuk dapatkan efek yang lagi cun.
#4. Cuba naikkan kesan gambar dengan refleksi
Kalau korang ada ‘mata seni’ korang akan perasan yang pada setiap refleksi, tak kiralah pada cermin bangunan lain atau pada lopak air, akan dapat shot yang cantik. Hasilnya kadang-kadang diluar jangka.
#5. Gunakan kebolehan teknikal telefon semaksimum mungkin
Biasanya, dekat telefon kita tu ada pelbagai fungsi dan untuk telefon generasi baru, kebanyakan kamera dia dilengkapi dengan teknologi ai (artificial intelligence), jadi gambar akan nampak cantik.
Selain tu, cuba explore apa lagi yang ada. Macam contoh, HDR, beautify dan sebagainya. Cumanya, fungsi ini berlainanlah pada telefon yang korang ada.
Satu je nasihat; guna apa yang ada. Bila kita guna apa yang ada ni, kita akan jadi lebih kreatif untuk tangkap gambar.
So, tips dah ada… selamat mencuba nak dapatkan idea gambar-gambar cantik, boleh follow 25 Travel Blogger Malaysia Yang Selalu Ambil Gambar On Point ni…
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video