Mengapa Anda Perlu Menggandakan Bajet Untuk Pemasaran Influencer Semasa Krisis COVID-19?

GAYA HIDUP
May 12, 2020 - 01:14 PM


Sejak dunia dilanda dengan pandemik COVID-19, semua perniagaan di seluruh dunia telah terkesan akibat penularan wabak berkenaan.

Tanpa mengira saiz perniagaan sama ada yang kecil, sederhana mahupun yang telah kukuh stabil – semuanya mengambil langkah untuk mengurangkan kos secara drastik bagi memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing kekal, sementara menunggu pandemik ini berakhir.

Ini bermakna, kebanyakan kempen pemasaran terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan secara serta-merta.

Malah, pelbagai acara atau perhimpunan secara besar-besaran yang telah dirancang juga terpaksa dihentikan selepas orang ramai diarahkan untuk duduk di rumah sepanjang tempoh PKP.

Sekarang, apabila sempadan negara ditutup dan perjalanan rentas negeri juga dilarang, apa yang orang ramai boleh lakukan?

Pastinya yang boleh dilakukan mereka hanyalah melayari media sosial di rumah!

Penglibatan pengaruh individu tertentu atau dipanggil sebagai ‘influencer’ dilihat semakin meningkat, memandangkan orang ramai kini menggunakan lebih banyak kandungan jika dibandingkan sebelum ini.

Kandungan yang berkaitan dengan kecergasan mendorong 50% lebih banyak traffic organik (iaitu pengunjung ke media sosial yang tidak berbayar) kerana orang ramai semakin berminat mencari idea-idea yang kreatif untuk kekal cergas di rumah, apatah lagi ketika ini mereka mempunyai lebih banyak masa. Laman web dan video-video masakan juga dilihat antara yang paling mendapat jumlah tontonan tertinggi, di samping permintaan resepi-resepi masakan.

Joanna Soh berkongsi rutin kecergasan pendek dan petua hidup sihat di Instagram dan YouTube.

Ringkasnya: Pemasaran influencer boleh mempengaruhi sama ada menjadi faktor kelangsungan atau penyebab perniagaan anda muflis – semasa dan selepas berlakunya pandemik COVID-19 ini.

PKP – BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PEMBELIAN PENGGUNA

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020, pengguna tidak lagi dibenarkan untuk melakukan proses pembelian atau berbelanja secara fizikal keluar rumah melainkan untuk membeli keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan sahaja.

Meskipun perkhidmatan penghantaran masih tetap aktif dan berjalan seperti biasa, namun jika pembelian tidak dilakukan di platform e-dagang gergasi seperti Lazada dan Shopee, pembelian merentasi daerah masih juga tidak akan berjaya dilakukan selagi peraturan pergerakan dihadkan.

Ini terbukti, apabila kita melihat banyak perniagaan yang memohon kerjasama dan pengertian daripada pelanggan bahawa mereka sedang bertungkus-lumus berusaha bagi memastikan tuntutan logistik berjalan lancar.

Lebih-lebih lagi, kegusaran yang bakal dialami disebabkan ketidaktentuan ekonomi meskipun selepas PKP ditamatkan.

Ini kerana majoriti rakyat Malaysia masih belum berani untuk menggunakan simpanan yang dimiliki memandangkan terpaksa berdepan kemungkinan dibuang kerja dan pemotongan gaji yang tidak dijangka.

Jadi, apa yang boleh dilakukan syarikat pada masa seperti ini, selain meminta maaf kepada pelanggan mereka jika berlaku sebarang kelewatan dari segi penghantaran?

Jawapan logik adalah mencari pelanggan yang pesanannya dapat mereka penuhi melalui pendedahan oleh influencer tempatan.

BAGAIMANA INFLUENCER BOLEH MEMBANTU?

Di seluruh Malaysia (mungkin juga di seluruh dunia), lokasi akan menjadi kunci untuk menjual produk anda.

Sebagai contoh, GrabFood memaparkan pilihan restoran yang terdekat dengan pelanggan dan tidak menyarankan restoran yang mereka anggap terlalu jauh, walaupun tiada jarak maksimum yang ditetapkan di dalam laman web mereka. Buat masa ini, anda perlu mempertimbangkan untuk melakukan perkara yang sama.

Kembalikan fokus anda kepada pelanggan yang mudah dijangkau di kawasan anda. Sehingga vaksin dijumpai, bahaya coronavirus ini akan tetap menghantui kita semua. Jadi buat masa sekarang, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah bekerjasama dengan para influencer di kawasan anda untuk mempromosikan kepada pelanggan yang terdekat dengan anda.

PEMASARAN GABUNGAN

Apabila semua orang diarahkan untuk duduk di rumah, pengguna juga dilihat beralih kepada aktiviti membeli-belah dalam talian untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

Influencer juga dilihat mengalami lonjakan permintaan apabila dijadikan sebagai pemasaran gabungan secara e-commerce. Namun, aliran pendapatan ini mungkin sedikit terancam kerana golongan peruncit utama akan memotong program-program gabungan tersebut bagi menjimatkan kos.

Tolonglah jangan buat begitu.

"Bajet media online seharusnya menjadi harapan terakhir kerana anda boleh saja memotong bajet acara, juga bajet operasi,” demikian perkongsian oleh seorang Pengarah Pemasaran, salah satu klien wilayah KOMACI.

Apa yang berlaku ketika ini merupakan satu situasi yang sukar untuk semua jenis perniagaan dan oleh itu dapat difahami sekiranya mengapa peniaga mempertimbangkan pilihan ini.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa jalinan hubungan kerjasama perlu sentiasa dipelihara untuk jangka masa panjang.

Semasa anda bekerjasama dengan para influencer dalam mengharungi krisis ini bersama-sama, pertimbangkanlah bahawa influencer juga sedang berusaha keras untuk membantu mempromosikan produk anda dan melakukan yang terbaik – iaitu menjaga hubungan baik dengan kumpulan pelanggan berpotensi anda.

Walaupun kita semua berharap pandemik ini tidak pernah terjadi, ketika ini sebenarnya adalah masa terbaik untuk anda mengambil risiko dalam merealisasikan pemasaran gabungan. Anggap ini sebagai suatu pelaburan untuk hasil jangka panjang dan rancang kempen anda dengan influencer yang tepat bagi memaksimumkan pulangan dengan kos yang minimum.

Destination: