Messi Diancam Peninju Sebab Pijak Bendera Mexico? Kapten Pasukan Mexico Datang "Backup"

GAYA HIDUP
November 30, 2022 - 04:15 AM


Kapten Mexico, Andres Guardado mempertahankan Lionel Messi selepas petinju, Canelo Alvarez mengancam bintang bola sepak Argentina itu.

Alvarez berang dengan rakaman video dimuat naik Messi yang memaparkan penyerang Argentina berkenaan mengelap lantai dengan kakinya menggunakan jersi Mexico.

Messi menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 Argentina ke atas Mexico pada Piala Dunia Qatar Sabtu lalu dan petinju Mexico, Alvarez yang mempunyai 2.2 juta pengikut di media sosial, berkata pemain penyerang itu perlu berdoa supaya tidak bertembung dengannya.

Guardado, 36, yang beraksi di Piala Dunia kelimanya, berkata dia tidak nampak apa yang tidak kena dengan video terbabit.

"Saya berpeluang berdepan Messi selama beberapa tahun di Sepanyol dan tahu bagaimana orangnya.

"Malangnya, mungkin Alvarez tidak faham situasi dalam bilik persalinan," kata Guardado.

Destination: