MySejahtera Ada Update Baru - Papar Status Vaksinasi & Risiko Seseorang
GAYA HIDUPIni ada satu lagi pemberitahuan baharu mengenai aplikasi yang wajib dimiliki oleh orang Malaysia iaitu MySejahtera!
Kini aplikasi MySejahtera bakal dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.
Melalui satu ciapan di laman Twitternya -- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam tadi (2 September 2021).
Katanya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.
Selain itu, satu butang daftar keluar / ‘check out’ turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.
Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi, katanya.
“Lepas meninggalkan tempat tersebut, tolong ingat untuk ‘check out’. Kamu hanya perlu tekan butang tu, tidak perlu lagi ‘scan’,” tambahnya.
A check-out button has also been added in the latest update of MySejahtera. This is to improve contact tracing. After leaving a place, please remember to check-out.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
You only need to press a button - no scan needed.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin