MySejahtera Upgrade Lagi, Kini Sijil Digital Dalam Format PDF!

GAYA HIDUP
October 13, 2021 - 04:16 PM


Sekarang, kan dah boleh rentas negeri dan mungkin juga tak lama lagi kita akan mula dibenarkan untuk membuat perjalanan keluar negara jika situasi pandemik semakin baik.

Bagi memudahkan segala urusan perjalanan tersebut, pastinya kita bakal memerlukan paparan Sijil Digital pada aplikasi MySejahtera.

Korang tahu tak bahawa sekarang ini paparan Sijl Digital yang menunjukkan kita sudah lengkap divaksin boleh diakses dalam format PDF.

Jadi bertambah mudah untuk korang berkongsi maklumat lengkap mengenai Sijil Digital itu sekiranya diperlukan, lebih-lebih lagi selepas ini apabila negara mula membuka pintu sempadan untuk korang membuat perjalanan ke luar negara.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter beliau.

“Akhirnya, @my_sejahtera boleh export sijil digital dlm PDF, senang sikit utk urusan rentas negeri/negara nanti,” ciap beliau di laman sosialnya itu.

Khairy turut memaparkan sijil digital berkenaan berserta format PDF yang dimaksudkan.

Ia merupakan salah satu lagi penaiktarafan pada aplikasi berkenaan bagi memudahkan urusan orang ramai.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, aplikasi MySejahtera bakal dilengkapi dengan butang ‘aduan’ bagi membolehkan orang ramai melaporkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, menerusi kaedah terbaharu itu, pengguna boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh mana-mana individu atau premis kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: MySejahtera Kini Ada Fungsi Lapor Pelanggaran SOP

Destination: