Nak ‘Drive’ Semasa Melancong? Ini Cara Dapatkan ‘Lesen’ Memandu Antarabangsa

GAYA HIDUP
July 11, 2019 - 01:22 PM


Memandu di luar negara sememangnya merupakan satu pengalaman yang lain daripada pengalaman pemanduan di Malaysia. Kalau di negara yang padat, boleh dikatakan ramai jugak yang ‘fail’ dan give up untuk driving.

Tapi, tak dinafikan, memang ramai orang kita kalau ke Indonesia ke, Thailand ke akan sewa motor. Sebab jauh lebih murah.

Persoalan yang selalu ditanya adalah ‘lesen Malaysia ni boleh guna ke dekat sana?’. Jawapannya; boleh!

Kalau korang nak tahu, Malaysia telah menandatangani satu perjanjian dengan beberapa buah negara ASEAN lain iaitu Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Menurut deklarasi ASEAN tersebut yang ditandatangani pada 9 Julai 1985 menyatakan yang kesemua negara terlibat bersetuju untuk menerima lesen memandu domestik yang dikeluarkan oleh mana-mana negara ASEAN.

Dalam erti kata lain, lesen Malaysia SAH untuk digunakan di negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei menurut apa yang tertulis dalam Artikel 1 perjanjian berkenaan.

Menurut Perjanjian berkenaan, ada beberapa syarat untuk lesen memandu domestik diterima dan ia disebut pada artikel 2,3,4 iaitu; pelancong hanya menetap dalam tempoh sementara dan hanya dibenarkan memandu kenderaan menurut kelas yang ternyata di lesen, lesen perlu mempunyai terjemahan bahasa Inggeris dan lesen belum tamat tempoh.

.>>>>> Boleh rujuk penjanjian tersebut di sini. <<<<<

Namun, jika bukan negara ASEAN, kita diwajibkan untuk mempunyai ‘lesen’ Antarabangsa yang dikenali sebagai International Driving Permit (IDP). Tapi, kalau nak apply dan digunakan untuk pemanduan di negara ASEAN pun tiada masalah.

Kelayakan Permohonan IDP :

Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau bahasa mudahnya lesen biasa tu yang masih sah melebihi setahun dan pemilik tidak disenarai hitam.

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Permit Memandu Antarabangsa :

  • Mempunyai lesen memandu kelas B2 atau D yang sah
  • Salinan lesen memandu
  • Kad pengenalan asal dan salinan
  • 1 Keping gampar passport
  • Borang JPJ L1 (Boleh didapatkan di kaunter JPJ)
  • Lesen Sah Sekurang-kurangnya setahun.

Bayaran RM150 akan dikenakan untuk ‘hidupkan’ lesen Antarabangsa ni untuk setahun dan dalam masa yang sama, lesen memandu Malaysia akan ‘dipegang’ oleh pihak JPJ kerana memang syaratnya tidak dibernarkan memegang dua jenis lesen pada satu masa.

Oh, IDP ni hanya sah digunakan di negara-negara yang tersenarai di bawah ini sahaja ye :

 
Sumber : Website | JPJ  | MauKerja