Nak Anak Kekal Sihat? 20 Tips Pemakanan Sihat & Simple Untuk Si Manja Anda!

GAYA HIDUP
November 30, 2022 - 02:23 AM


Semua ibu bapa mesti inginkan anak mereka membesar dengan sihat dan cergas kan? Lebih-lebih lagi anak yang berusia 12 hingga 24 bulan akan melalui masa peralihan, iaitu mereka belajar makan di meja makan serta menerima rasa dan tekstur makanan yang baru. 

Berikut 20 tips pemakanan mudah, yang anda boleh praktikkan:

1. Pisang

Pisang bagus untuk otak anak. Pisang ada potasium, manganase, vitamin C dan fiber. Ini semua bantu tingkatkan memori dan lajukan otak anak. Cari pisang setiap minggu untuk anak makan.

2. Nasi Goreng

Antara breakfast padat nutrisi untuk anak. Nasi, minyak sapi, ayam dan sayur campur. Makan dengan anggur 5 biji. Complete makan pagi anak untuk tenaga dan otak. Mudah je kan.

3. Bihun Singapore

Antara breakfast mudah nak buat untuk anak. Tumis bawang putih dan lada hitam, tambah daging. Masuk kobis dan brokoli, sekali dengan bihun. Makan dengan mangga 3 potong. 

4. Sup ayam

Sup sesuai ketika anak anda tak sihat. Ayam, carrot, minyak kelapa. Boleh tambah keledek pengganti kentang tau. Manis sup lain dari biasa. Sumber karbo pun dah dapat. Anak taknak nasi pun takpa. Masih cukup lengkap semua keperluan nutrisi anak.

5. Nasi putih, ikan goreng, kobis masak lemak, epal.

Cukup satu hidangan lengkap but anak. Nak masak sihat tak susah, cuma sedikit usaha lebih ibu ayah kena but. Kita cuba sama-sama ya.

6. Betik

Korang jangan lupa kenalkan betik dengan anak-anak tau. Tinggi vitamin A dan C bagus untuk mata dan imuniti anak. Baby 6 bulan pun boleh makan. Lenyek je dengan sudu dan suap anak. Kita cuba k.

7. Jus Buah

5 jus buah bagus untuk otak anak. Jus delima, jus berries, jus avokado, jus alovera, jus beetroot. Cari buah dan blend sendiri di rumah. Bagi anak minum sekali dengan serat.

8. Elak Air Kotak

Air kotak tinggi pewarna dan perasa bukan minuman anak-anak. Kita ibu ayah yang tahu pasal ni, elak sediakan air kotak sebagai minuman harian anak. Kita cuba ya.

9. Keledek

Keledek bagus untuk otak tau. Keledek ada carotenoid dan antocyanin. Penting untuk anak fokus dan cepat ingat apa yang diajar. Breakfast dengan keledek pun bagus. Ajak anak makan keledek k.

10. Buah sebagai snek

Ajar anak untuk cari buah bila lapar. Ini lebih baik dari biskut dan roti. Macam mana nak buat? Sediakan selalu buah di rumah dan elakkan beli stok biskut dan roti. Kita cuba ya.

11. Air kembang semangkuk

Bagus bila anak tak sihat. Ada kandungan bassorin, bantu untuk kurangkan radang pada sel badan anak. Ambil sebiji, rendam dalam 1 jug air. Bagi anak minum sekerap yang boleh. Cuba tau.

12. Daging cincang, telur, cendawan.

Kacau 3 bahan ni, masak atas pan. Boleh makan macam tu je terus. Mudah je nak but breakfast sihat padat dengan nutrisi untuk anak kan. Cuba tau.

13. Tembikai susu

Bagus bagus untuk anak. Lutein dan zeaxanthin baik untuk mata. Folate, vitamin K dan magnesium bagus untuk tulang anak. Kita pelbagaikan buah untuk anak tau, selitkan tembikai susu sesekali.

14. Coklat

Bagus untuk otak anak. Tinggi magnesium dan antioksida. Dua unsur penting untuk kesihatan otak. Cari coklat asli, dan bukan coklat yang tinggi proses dan kaya gula. Mana nak jumpa? Kita belajar baca label sama-sama ya.

15. Sayur

Dalam seminggu, wajib ada sayur daun hijau untuk anak-anak. Sawi, bayam, kailan, kangkung. Pilih je mana-mana. Tinggi antioksida dan serat. Ajar anak dari kecil, sayur macam ni tawar dan pahit, anak mudah untuk reject kalau kita lambat kenalkan.

16. Riadah di luar

Ajak anak main di luar rumah 15 minit setiap hari. Boleh bantu mood anak lebih happy dan anak lebih fokus bila belajar. Cuba but setiap hari tau.

17. Lengkuas

Sebagai immune booster untuk anak. Dalam lengkuas ada antioksida galangil dan alpine. Boleh try buat menu ada lengkuas bila anak tak sihat tau. Kuatkan imuniti anak.

18. Elak Makanan Manis

Elakkan bagi anak makan manis bila sakit tekak. Makanan sejuk, boleh sejukkan tekak anak, boleh kurangkan sakit tekak. Tapi makanan manis, tambahkan lagi radang pada tekak anak. Kita cuba ya.

19. Kunyit

Antara makanan yang kena ada di rumah. Superfood antiradang, antibakteria dan antifungal. Bagus jugak untuk otak dan stabilkan mood anak. Bila anak tak sihat, banyakkan makanan yang ada kunyit k.

20. Epal. Oren. Delima. Almond. Ikan. Halia. Kunyit. Bayam. Carrot.

Antara makanan yang baik untuk anak asthma. Bantu untuk kurangkan radang paru-paru anak. Tapi, makanan ultra proses paling utama kena elakkan dulu. Kita cuba ya.

Sumber: Dr. Mazliana Mazlan (Facebook)

Destination: