Nak Baju Tahan Lama? Ada 11 Cara Korang Boleh Ikut

GAYA HIDUP
March 19, 2021 - 03:57 PM


Korang mesti selalu beli baju yang mahal sikit, ataupun yang berjenama untuk kualiti baju yang bagus, dan korang akan rasa macam baju-baju akan tahan lama. Tapi, bila pakai, basuh sekali dua, dah hilang bentuk, ada hilang warna, ada yang bercampur warna pula. 

Dah beli baju guna duit, mesti nak tahan lama kan? Meh ikut 11 cara penjagaan baju untuk tahan lama ini: 

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

  • Bahan kimia di dalam sabun pencuci mungkin boleh merosakkan kualiti tekstur atau fabrik pakaian jika pakaian direndam terlalu lama di dalam air yang dicampur sabun pencuci. Paling lama pon 30 minit, sudah memadai untuk membersihkan pakaian. 

2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA 

  • Pakaian yang berwarna putih sebaiknya hanya dibasuh dengan pakaian berwarna putih yang lain, dan tidak dicampur. Pakaian yang berwarna pekat yang belum pernah dibasuh pula perlu dibasuh asing, agar sekiranya warna luntur, tidak akan menjejaskan pakaian yang lain.

#3 JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

  • Fabrik pakaian akan rosak sekiranya diberus dengan terlalu kuat. Tudung atau selendang tidak perlu di berus, sebaliknya cukup sekadar digosok menggunakan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

#4 JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

  • Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar segera. Sekiranya ditangguh akan menyebabkan pakaian berbau, dan bertahi lalat. 

#5 JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT

  • Kalau korang memerah pakaian dengan terlalu kuat, pakaian akan cepat rosak ataupun koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cuma cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan.

#6 TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR

  • Cahaya matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh, jadi lebih jika terbalikkan pakaian dahulu agar bahagian luar tidak lusuh. 

#7 ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT BAJU

  • Gantung terus pakaian ke atas ampaian dan elak menggunakan penyidai baju yang akan membesarkan bahagian leher dan bahu baju. 

#8 HINDARI PELUNTUR

  • Terutama sekali pada pakaian yang bermaterial nipis, peluntur mempunyai bahan kimia yang kuat yang akan menghakis pakaian, menyebabkan pakaian tidak tahan lama. 

#9 HINDARI MENCUCI PAKAIAN DENGAN MESIN BASUH

  • Jenis kain yang berfabrik lembut serta mempunyai manik, dan labuci sebagainya sebaik-baiknya dicuci dengan menggunakan tangan bagi mengelakkan baju daripada rosak.

#10 SETERIKA

  • Pakaian akan sentiasa kelihatan baru sekiranya digosok terus selepas dicuci dan dijemur, dan hanya seterika pakaian yang sudah betul-betul kering.

#11 JANGAN PAKAI PAKAIAN KESUKAAN SEMASA TIDUR

  • Badan selalunya akan berpeluh ketika tidur, pakaian yang dipakai untuk tidur akan mengotorkan pakaian, dan menjadikan pakaian comot. 

Gunakan 11 cara yang dikongsikan, semoga baju-baju korang tahan lebih lama!

Sumber: Buzzkini