Pekerja Di Kuwait Hanya Perlu Kerja 4 Jam Sehari Sepanjang Bulan Ramadan

GAYA HIDUP
February 23, 2024 - 04:08 PM


Bekerja di bulan Ramadan pastinya mencabar ditambah dengan perut yang kosong dan rasa lapar yang teramat. Walaupun kita sudah melakukannya saban tahun, ia tetap satu cabaran dan kesukaran yang perlu dihadapi.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat sebuah negara yang akan mengurangkan waktu bekerja di bulan Ramadan?

Berdasarkan laporan dari Gulf News, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kuwait telah mengumumkan pengurangan waktu bekerja kepada empat jam sehari beserta tempoh penangguhan bagi agensi kerajaan da kementerian.

Untuk pekerja wanita, difahamkan mereka akan diberikan tempoh penangguhan selama 15 minit dua kali sehari pada permulaan bekerja dan pengakhiran waktu. Ini membolehkan mereka masuk lewat dan pulang awal mengikut tempoh yang ditetapkan.

Manakala, bagi pekerja lelaki pula, mereka boleh datang ke pejabat lewat 15 minit namun perlu pulang 15 minit lewat selepas waktu bekerja, lapor Dhaka Tribune. Ini bermakna penjawat lawam bakal menikmati waktu bekerja selama empat jam termasuk satu tempoh penangguhan pada awal hari.

Keputusan itu diambil selepas semakan penilaian prestasi pekerja bagi tahun 2023 oleh Sektor Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC).

Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan memberikan fleksibiliti kepada pekerja sepanjang bulan Ramadan. Penolong Setiausahanya, Salah Khaled Al Saqabi turut mengesahkan, mana-mana pekerja yang layak akan menerima bonus berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang Ramadan. Ia selepas peruntukan belanjawan yang dibentangkan bagi tahun 2023/2024.

 

Sumber: Gulf NewsDhaka Tribune & The Reporter

Destination: