Pemandu Seludup Rokok Ke Singapura Akan Dipenjara

GAYA HIDUP
September 20, 2017 - 12:01 PM


Singapura, negara yang memang strict dengan undang- undang. Kalau sesiapa yang selalu keluar masuk Singapura, mesti anda dah tahu situasi dekat checkpoint kastam disana macam mana.

Selain daripada Vape yang sememangnya haram disana, rokok juga merupakan salah satu benda yang sering kita terlupa ketika melalui checkpoint kastam disana.

Memang boleh bawak masuk rokok, tetapi… menurut pengalaman saya kesana, rokok mestilah loose pack dan kena bukak. Maksudnya, kita atleast kena hisap sebatang. Ini mungkin salah satu cara kastam disana untuk mengelakkan rokok tanpa duti diseludup masuk.

Baru-baru ini, pihak kastam Singapura sekali lagi memberi amaran tegas bahawa tindakan undang-undang akan diambil kepada pemandu yang terpengaruh dengan tawaran lumayan yang mereka dapati atas talian. Sama ada melalui facebook atau medium lain.

Ramai antara mereka menjadi mangsa iklan tersebut. Iklan yang mana mereka berikan tawaran yang lumayan untuk mendapatkan khidmat pemandu kereta untuk membawa masuk rokok yang tiada duti kastam ini ke Singapura.

“Tawaran kerja itu lumayan, namun mereka sering membuat janji palsu bagi bayaran yang akan menyebabkan kamu membayar ‘harga mahal’ apabila ditangkap,” kata Pembantu Ketua Pengarah Kastam Singapura dalam kenyataan media.

Memetik laporan daripada malaymail online, dikatakan seramai 11 pemandu telah dipenjara kerana menyeludup masuk rokok ini sejak Januari tahun ini.

Dikatakan mereka dijanjikan bayaran 420 Dollar Singapura, lebih kurang RM 1300 menerusi tawaran yang mereka temui di Facebook.

 

Fuh… lumayan… patutlah ada yang berani buat.

Nasihat kitorang, beringat sebelum kena. Benda tak elok, nak buat kenapa?

 

Sumber : malaymail