Pembukaan Sempadan Malaysia, Singapura Akan Dibincangkan Pada Masa Terdekat

GAYA HIDUP
September 24, 2021 - 10:20 AM


Ramai warga Malaysia yang mencari rezeki di negara jiran Singapura dan ia menyebabkan pasangan, keluarga mahupun hubungan antara ibu bapa dan anak terpisah. Kekuatan mental mereka semakin hari semakin tercabar  akibat perkara tersebut.

Sehubugan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan sedang berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura Ong Ye Kung mengenai pembukaan kembali sempadan dua negara yang ditutup sejak wabak COVID-19 melanda rantau ini, kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat semalam.

Berdasarkan Free Malaysia Today, Saifuddin berkata bahawa dia berharap perbincangan yang berlangsung di antara Malaysia dan Singapura akan mencapai kata putus yang positif. Dia turut menambah jika cadangan ini diterima, Malaysia juga bercadang untuk membuka semula sempadan Malaysia dengan negara-negara lain, seperti Thailand.

Tambah Saifuddin lagi, disebabkan situasi COVID-19 di kedua-dua negara masih belum baik sepenuhnya, Malaysia dan Singapura akan terus melaksanakan peraturan kesihatan yang ketat bagi pergerakan rentas sempadan.

“Meskipun kadar vaksinasi bagi kedua-dua negara sudah mencapai lebih kurang 80 peratus, pembukaan semula sempadan melibatkan pelbagai pihak dan faktor-faktor penting lain untuk dipertimbangkan.

“Namun demikian, menjadi keutamaan kerajaan untuk terus berunding dengan Singapura berkenaan pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur bergantung kepada situasi kesihatan semasa ini termasuk cadangan pergerakan rentas sempadan secara harian (DCA),” tambah beliau.

Destination: