Peminat Sedih, Tiada Lagi Henry Cavill Sebagai Superman!
GAYA HIDUPPara peminat setia DC atau Superman pasti kecewa dengan berita tiada sekuel untuk filem Man Of Steel. Rindu mereka terubat apabila Superman muncul sebagai cameo dalam film Black Adam (2022). Namun peranan Henry Cavill sebagai Superman di dalam DC Extended Universe (DCEU) telah ditamatkan.
Henry Cavill tidak akan kembali memegang watak adiwira terkenal dunia Superman. Perkara tersebut dikongsikan melalui akaun instagramnya.
"Saya baru saja bertemu dengan James Gunn dan Peter Safran (co-chairmen dan co-CEO baru DC Studios) dan ini berita sedih untuk semua. Saya tidak akan kembali sebagai Superman.
Setelah diberitahu oleh studio untuk kembali sebagai Superman pada bulan Oktober lalu, sebelum mereka (James Gunn dan Peter Safran), tapi itulah kehidupan. Pergantian pemimpin adalah sesuatu yang dijangka. Saya terima.
James (Gunn) dan Peter (Safran) memiliki alam semesta (sinematik) untuk dibangun. Saya berharap mereka dan semua yang terlibat dapat memberikan yang terbaik" tulis Henry Cavill.
Sebelum menutup pesan perpisahannya, Henry Cavill mengingatkan para penggemar bahawa Superman sentiasa ada di sekeliling kita. Serta tentang apa yang diperjuangkan makhluk dari planet Krypton tersebut.
Henry Cavill juga mengakui berasa senang ucap penghargaan kerana diberi kesempatan untuk membawa watak ikonik superhero tersebut.