
Permainan Video Terbaik Untuk Telefon Memori 1GB Kebawah
GAYA HIDUPPernah tak korang rasa terasing? Lepak dengan kawan, tapi masing-masing duk menghadap telefon main game. Korang pulak, bukan taknak join tapi phone yang ada pun RAM tak kuat. Bawah 1GB je.
Maka, ber-huhu lah sorang-sorang dekat situ.
TAPI, korang jangan bersedih. Ada game yang boleh dimainkan walaupun RAM phone korang tu kecik.
RAM atau memori ni, memang jadi salah satu benda yang diambil berat oleh rata-rata pangguna smartphone; lagi-lagi kalau korang ni suka main game. Alasannya, apabila besar RAM telefon tu, dia bolehlah nak smoothkan permainan video korang tu.
Ini ada beberapa game yang terbaik untuk korang cuba kalau telefon korang mempunyai memori yang kecil – 1 GB ke bawah katakan.
#1. Six-Guns
Kalau nak ikutkan, dia adalah game berkisarkan tentang cowboy. Kalau tengok review di Playstore ataupun Apps Store, memang positif lah. So, korang boleh cuba game ni, cuba tengok trailer ni dulu...
#2. Soulcraft
Untuk penggemar RPG, Soulcraft adalah game terbaik untuk korang cuba untuk phone yang RAM-nya tak berapa nak besar ni. Selain kualiti grafik yang cun, korang boleh upgrade senjata dan lain-lain.
Kalau korang minat Dota atau ML, boleh cuba game ini.
#3. Assasin’s Creed Pirates
Terasa nak jadi Jack Sparrow? Kalau korang familiar dengan Assasin’s Creed, korang mesti tahu yang jalan cerita game dia sangat menarik dan mudah nak follow.
Dalam game ni, korang akan jadi ala-ala Jack Sparrow dan kena kalahkan lanun-lanun serta musuh yang ada dekat lautan sana.
#4. Plants vs Zombie
Game yang satu ni, rasanya tak perlulah kita cerita panjang lebar. Antara game terawal dimainkan di smartphone. Masa awal-awal dulu, boleh dikatakan semua telefon mahupun PC ada game plants vs zombie ni.
Untuk tenang-tenangkan fikiran, layan game yang ringan, Plants vs Zombie patut ada dalam senarai game korang.
#5. Asphalt 8 : Airbone
Selain Need For Speed atau Grand Tourismo, salah satu game yang digemari oleh peminat permainan yang bertemakan perlumbaan kereta adalah Asphalt.
Untuk Asphalt 8, pemain boleh memilih antara lebih daripada 90 buah kenderaan untuk dipandu, makanya tak cepat bosan. Hehehe.
Lagi satu, kualiti grafik boleh diubahsuai mengikut kesesuaian telefon korang. Kalau lag, turunkanlah.
Oh ye, walaupun kitorang cakap game-game ini sesuai untuk smartphone yang mempunyai RAM bawah 1GB, dia bergantung kepada benda-benda lain jugak macam processor.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video