Permohonan Moratorium Mula Dibuka. Ini Cara & 21 Link Untuk Anda Mohon!

GAYA HIDUP
July 07, 2021 - 07:58 PM


Mulai hari ini (7 Julai) -- permohonan moratorium selama 6 bulan bagi semua kumpulan masyarakat B40, M40 dan T20, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro telah dibuka secara rasmi.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

Jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

"Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

"Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

"Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan," katanya.

BNM turut memberi jaminan bahawa Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada 2021.

Sementara itu, BNM menerusi kemas kini di laman sosial rasmi mereka pada Selasa memaklumkan terdapat 3 saluran untuk membuat permohonan moratorium iaitu borang web, emel serta panggilan telefon.

Institusi kewangan itu turut menyarankan mana-mana individu yang berdepan kesulitan untuk menghubungi bang masing-masing boleh memaklumkan kepada mereka melalui pautan bnm.my/RAsurvey.

Berikut disertakan link / pautan institusi bank bagi permohonan moratorium untuk kemudahan anda:

1. Moratorium Maybank

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

2. Moratorium Bank Rakyat

https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

3. Moratorium Bank Islam

https://vao.bankislam.com.my/ppb/

4. Moratorium CIMB

https://www.cimb.com.my/covid19support

5. Moratorium Public Bank

https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

6. Moratorium AmBank

https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

7. Moratorium RHB

https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

8. Moratorium Affin Bank

https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

9. Moratorium MBSB

https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

10. Moratorium Bank Muamalat

https://map.muamalat.com.my/

11. Moratorium Kuwait Bank

https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

12. Moratorium Citibank

https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

13. Moratorium Alliance Bank

https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

14. Moratorium Agrobank

https://www.agrobank.com.my/my/

15. Moratorium Hong Leong Bank

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

16. Moratorium SME Bank

https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

17. Moratorium Standard Chartered Bank

https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/

18. Moratorium Al Rajhi Bank

https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

19. Moratorium UOB Bank

https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

20. Moratorium OCBC Bank

https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

21. Moratorium PTPTN

https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

Sumber: Astro Awani

Destination: