Polis Minta Bantuan Rusia Jejak Pasangan Ceroboh Menara Merdeka 118

GAYA HIDUP
January 25, 2023 - 05:41 PM


Pasangan Rusia yang mendakwa mereka berjaya ceroboh dan memanjat menara Merdeka masih belum dapat dikesan. Polis meminta bantuan Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow, Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu dalam usaha menahan mereka.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya membuat permohonan kepada pihak berkuasa itu pada 5 Jan lalu untuk mendapatkan butiran pasangan berkenaan yang dipercayai sudah keluar dari negara ini.

“Setakat ini, kita masih menunggu maklumat dan butiran dari pihak berkuasa Rusia,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, sehingga kini seramai 13 individu sudah dirakam percakapan, termasuk kakitangan bangunan terbabit dan pengawal keselamatan.

Katanya, polis juga akan melakukan perbincangan dengan pemilik menara itu dan pemilik bangunan pencakar langit lain untuk mengelak lokasi itu menjadi sasaran individu untuk melakukan aktiviti ekstrem.
Destination: