Purata Gaji Sebulan: Kuala Lumpur Paling Tinggi, Kelantan Terendah Di Malaysia

GAYA HIDUP
July 30, 2024 - 04:19 PM


Banci Ekonomi 2024 yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kuala Lumpur menjadi bandar yang menerima purata gaji sebulan paling tinggi berbanding yang lain. 

Ini bermaksud, individu yang bekerja di syarikat beroperasi di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebulan lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak RM4,196.

Ia kemudiannya diikuti oleh Selangor sebanyak RM3,563 dan Pulau Pinang sebanyak RM3,496. 

Manakala, Kelantan menjadi negeri paling rendah yang purata gaji sebulan diterima pekerja dengan jumlah sebanyak RM2,070. 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Kuala Lumpur jelas menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.

Beliau berkata, bagi Kuala Lumpur, pekerja yang menerima purata gaji sebulan tertinggi adalah yang berkerja di sektor perkhidmatan iaitu dalam aktiviti perkhidmatan telekomunikasi dengan RM9,457.

"Ia diikuti oleh pekerja dalam aktiviti pemprograman dan penyiaran dengan RM8,629 dan perantaraan kewangan sebanyak RM6,946," katanya. 

Selain itu, Selangor turut merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor perkhidmatan dimana nilai gaji bulanan tertinggi dicatatkan oleh aktiviti telekomunikasi iaitu RM7,580 sebulan.

Ia diikuti oleh pekerja bagi aktiviti maklumat dan pengatucaraan komputer iaitu masing-masing merekodkan purata gaji sebulan sebanyak RM7,186 dan RM7,112. 

Manakala aktiviti maklumat dan pengatucaraan komputer, masing-masing merekodkan purata gaji sebulan sebanyak RM7,186 dan RM7,112.

Berbeza dengan Selangor, purata gaji sebulan di Pulau Pinang paling tinggi direkodkan dalam sektor pembuatan melalui aktiviti pembuatan produk elektrik, elektronik & optikal iaitu RM4,790 sebulan.

Tambah Mohd Uzir lagi, penemuan Banci Ekonomi 2023 menunjukkan bilangan pekerja bagi keseluruhan sektor di Malaysia menujukkan peningkatan sebanyak 1.8% dengan 10 juta pekerja direkodkan pada tahun 2022. 

Peningkatan pekerja paling tinggi adalah sektor perkhidmatan dengan pertambahan sebanyak 5.8 juta orang atau 2.8%. 

Walau bagaimanapun, bilangan pekerja di sektor pertanian, pembinaan serta perlombongan & pengkuarian menunjukkan penurunan. 

Penemuan itu turut menunjukkan jumlah gaji dan upah yang dibayar kepada pekerja menunjukkan peningkatan sebanyak 5.4% setiap tahun dengan jumlah RM354.9 bilion direkodkan pada tahun 2022. 

Peningkatan tertinggi direkodkan oleh sektor perkhidmatan pada 6.5 peratus kepada RM204.4 bilion; diikuti dengan sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM97.2 bilion. 

Secara keseluruhannya, purata gaji dan upah bagi kesemua sektor adalah RM3,332 pada tahun 2022 berbanding RM2,584 pada tahun 2015. 

Berikut adalah senarai penuh purata gaji sebulan mengikut negeri di Malaysia: 

  1. Kuala Lumpur: RM4,196
  2. Selangor: RM3,563
  3. Pulau Pinang: RM3,496
  4. Labuan: RM3,491
  5. Melaka: RM3,115
  6. Sarawak: RM3,077
  7. Negeri Sembilan: RM3,025
  8. Putrajaya: RM2,994
  9. Johor: RM2,987
  10. Terengganu: RM2,793
  11. Kedah: RM2,721
  12. Perak: RM2,679
  13. Pahang: RM2,628
  14. Sabah: RM2,381
  15. Perlis: RM2,253
  16. Kelantan: RM2,070  

Untuk info, Banci Ekonomi 2023 merupakan banci kelima yang dijalankan sejak tahun 2001.

Ia dijalankan setiap lima tahun sekali dan merupakan penghitungan menyeluruh ‘pertubuhan-pertubuhan perniagaan’ dan ‘pertubuhan bukan berasaskan keuntungan’ yang ada di Malaysia.

 

Sumber: Berita Harian

Destination: