Raja Tiktok Khaby Lame Sebenarnya Seorang Hafiz! Hafaz Al-Quran Dari Umur 14 Tahun

GAYA HIDUP
July 12, 2022 - 11:45 AM


Raja Tiktok iaitu Khaby Lame, yang baru-baru ini menyingkirkan Charli D’Amelio untuk menjadi individu dengan pengikut paling ramai di TikTok, mendedahkan bahawa dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran.

@khaby.lame 🤔🤔🤷🏿‍♂️ #learnfromkhaby #learnwithtiktok ♬ suono originale - Khabane lame

Lame, 22, yang dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali, turut mendedahkan dia dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.

Sebelum mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Lame setakat ini mengumpulkan sejumlah 143.2 juta pengikut di TikTok, mengatasi D'Amelio yang mencatatkan 142.3 juta pengikut.

Dia yang merupakan seorang pekerja kilang, hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Apabila bapanya menggesa dia memohon kerja lain, dia menghabiskan berjam-jam setiap hari dengan memuat naik video di TikTok.

Khaby Lame terkenal dengan sketsa komedi tanpa suaranya yang menunjukkan 'life hacks' yang lebih simple dan memerli.

Destination: