Raya Tahun Ni, Sah Ke Kalau Buat Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Je?

GAYA HIDUP
May 18, 2020 - 04:27 PM


Disebabkan krisis pandemik COVID-19, mungkin ramai yang mempersoalkan tentang sekiranya Solat Sunat Aidilfitri dilakukan di rumah sahaja secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga, adakah SAH atau apa HUKUMnya?

Menurut Mufti Besar Arab Saudi dan Ketua Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Asheikh, memutuskan solat sunat Aidilfitri BOLEH ditunaikan di rumah susulan keadaan luar biasa seperti pandemik COVID-19 ketika ini.

Solat sunat itu boleh dilakukan sebanyak dua rakaat dan tanpa khutbah.

Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, Sheikh Abdul Aziz berkata zakat fitrah pula boleh diagihkan melalui badan amal jika boleh dipercayai, dengan syarat ia harus dilakukan sebelum Aidilfitri.

Sementara itu, ahli Majlis Ulama Kanan dan Jawatankuasa Tetap Fatwa, Sheikh Abdul Salam Abdullah Al-Sulaiman berkata solat sunat Aidilfitri boleh ditunaikan secara individu atau berjemaah.

Beliau turut memberikan contoh ketika sahabat Rasulullah SAW, Anas bin Malik RA, berada di rumahnya di Zawiya, beliau tidak menjumpai solat sunat Aidilfitri secara berjemaah, justeru menunaikan sembahyang bersama ahli keluarga dan pembantunya.

Katanya, solat sunat Aidilfitri boleh mula ditunaikan selepas terbit fajar sehingga tamat waktu solat sunat Dhuha.

Sumber: Berita Harian

Destination: