Tak Perlu Kunjung-Mengunjung, Sambut Saja Hari Raya Secara Tertutup Di Rumah Masing-Masing!
GAYA HIDUPKementerian Kesihatan (KKM) menasihati semua umat Islam yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri untuk mengadakan sambutan secara tertutup di kediaman masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti kunjung-mengunjung perlu ditangguhkan jika ia tidak perlu bagi memastikan keselamatan keluarga dan golongan berisiko tinggi.
“Daripada Kementerian Kesihatan, kami ingin menasihati orang ramai untuk mengadakan sambutan hari raya secara tertutup.
"Ia mungkin belum berlaku sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh melindungi keluarga dan komuniti kita.
"Jadi, jika boleh praktikkan perkara ini, anda akan mempunyai 'larangan' sendiiri, sebagai contoh. Ini untuk memastikan tiada orang luar datang ke rumah anda,” katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata, walaupun kerajaan membenarkan aktiviti ziarah dengan maksimum 20 orang, namun masyarakat perlu mempertimbangkan semula perkara itu.
"Bilangan 20 orang adalah saudara-mara. 20 orang dalam pangsapuri yang kecil tidak dapat dilaksanakan dan ia bertentang dengan saranan (garis panduan) kami.
Apa lebih penting adalah, kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan ‘3C’ – elak kawasan sempit (confined), sesak (crowded), dan bertutur dengan rapat (close conversation)," tegas Dr Noor Hisham lagi.
Sumber: Astro Awani