realme 5i , Buds Air – Produk Pembuka Tirai 2020

GAYA HIDUP
January 17, 2020 - 10:41 AM


Akhirnya, penantian produk yang menjadi bualan ramai telah dilancarkan! realme Malaysia baru-baru ini melancarkan bukan satu, tetapi dua produk yang sememangnya bakal menjadi sebutan.

Selepas melancarkan beberapa produk yang boleh dikatakan ‘killer’ tahun sudah, realme Malaysia  membuka lembaran 2020 dengan membawa masuk produk audio realme Buds Air dan juga telefon pintar realme 5i sebagai ahli baru siri kelima realme.

realme Buds Air merupakan produk IoT yang pertama oleh realme dan dijangka bakal menjadi tumpuan kerana harga yang ditawarkan selain pengalaman audio tanpa wayar. Dengan adaya custom R1 chip serta Bluetooth 5.0, sambungan reamle Buds Air dan telefon pintar menjadi smooth selain ciri audio yang mantap.

Untuk para gamers, produk ini semestinya boleh dipertimbangkan kerana adanya Mod Permainan yang memastikan pergerakan yang sempurna antara visual dan audio. Kelewatan bunyi pada mod biasa adalah 243.8 ms manakala ketika mod permainan digunakan ia hanya 119.3ms. Jadi, mereka yang rimas dengan wayar semasa bermain game di telefon pasti suka produk ini.

Mempunyai reka bentuk kanal telinga (sesuai dengan semulajadi telinga), ia menjanjikan pemakaian yang lebih selesa walaupun untuk jangkamasa yang panjang. Untuk pengecasan, ia disokong oleh pengecasan kabel type-C dan boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.

Menariknya tentang realme Buds Air ini ialah ia menyokong operasi sentuhan pintar yang mana ia boleh digunakan untuk menjawab dan mematikan panggilan, menukar muzik, melancarkan Google Asistant serta menukar mod.

realme 5i – Quad Camera Battery Hero

Model 5i yang dilancarkan ini dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 655. Ini dalam erti kata mudahnya memberikan prestasi yang cemerlang sesuai dengan segmen harganya. Apa yang menjadi ‘plus point’ adalah ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memanjangkan hayat bateri serta tempoh stand-by 30 hari.

Bagi menjamin keselamatan bateri, realme 5i dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api. Bagi kamera pula, ia tersedia dengan empat kamera (quad kamera) – lensa ultra-wide(8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa makro (2PM).

realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green dan Berikut adalah harga untuk kedua-dua produk baharu realme. Apa yang pasti, Buds Air bakal dijual dengan potongan besar pada 21 January nanti.