Rugi Tak Keluar Undi! Dapatkan 10 Promosi F&B Sempena PRN 2023!

GAYA HIDUP
August 11, 2023 - 05:23 PM


Bahang kehangatan Pilihan Raya Negeri 2023 semakin dirasai. Korang yang tinggal di 6 buah negeri yang terlibat untuk PRN kali ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu jangan lupa untuk keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan masa depan negara! 

Selain dari itu, ada banyak promosi F&B yang menarik menanti anda yang keluar mengundi! Berikut adalah senarai 10 kedai makanan dan minuman yang menawarkan promosi:

1. Domino's Pizza

Untuk para pencinta Domino's Pizza,  korang boleh dapatkan satu pizza besar dengan hanya RM1! Tertakluk pada terma dan syarat di mana-mana cawangan berdekatan. Tawaran ini hanya sah pada 12 Ogos saja.

2. Tealive

Tealive menawarkan promosi sempena sehari selepas pilihan raya negeri iaitu pada 13 Ogos. Korang boleh dapatkan, setiap minuman yang berikut hanya pada RM6:

1. Bang Bang Milk Tea
2. Signature Coco
3. Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
4. Signature Coffee
5. Sparkling Mango / Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
6. Hazelnut Milk Tea

3. My Burger Lab

My Burger Lab lagi best, untuk dua hari iaitu pada 12 dan 13 Ogos, kroang boleh dapatkan apa saja dari kategori 'Cheeseburger' di myBurgerLab dengan hanya RM15 jika anda telah mengundi. Tawaran ini tersedia di semua cawangan.

4. Boat Noodle

Sawadikap! Korang jangan lupa serbu restoran Boat Noodle terdekat  pada hari Sabtu, 12 Ogos untuk menebus semangkuk mi percuma. Cara penebusan cukup mudah, cuma perlu tunjuk jari berdakwat anda dan juga posting promosi di media sosial Boat Noodles mengenai tawaran ini.

5. Texas Chicken

Istimewa untuk penggemar Texas Chicken, korang yang keluar mengundi boleh nikmati promosi beli satu percuma satu Crunchy Jalapeno Wraps yang berharga RM14.99. Promosi ini bermula dari 1 hingga 14 Ogos! Sah untuk dine-in dan take away sahaja.

6. Tony Roma's

Tony Roma's juga tidak ketinggalan untuk memberi ganjaran kepada para pengundi dengan 1/4 ayam barbeku percuma! Korang cuma perlu berbelanja minima RM30 di mana-mana cawangan mereka. Hanya tunjukkan jari anda yang berdakwat dan anda boleh menebus ayam anda. Tawaran ini hanya sah untuk sehari iaitu pada Sabtu, 12 Ogos.

7. Italiannies

Teringin makanan itali? Pun ada tau! Italiannies menawarkan diskaun 50% untuk Pasta Vongole sempena PRN 2023 ini. Yang lagi best, bukan sehari tau promosi ni tapi 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Ogos!

8. TGI Fridays

TGI Fridays pun taknak ketinggalan! Ada promosi sempena PRN pada 12 dan 13 Ogos, pengundi akan dapat menikmati Cheeseburger TGIF dengan diskaun sebanyak 15%! Tawaran ini hanya tersedia untuk dine-in dan sementara stok masih ada.

9. Teh Tarik Place

Kalau korang keluar undi, korang bakal nikmati nasi lemak ayam goreng berempah dan set hidangan teh tarik / teh ais pada harga RM15 sahaja dari mana-mana cawangan Teh Tarik Place. Cuma perlu tunjukkan jari berdakwat untuk penebusan pada bila-bila masa pada 12 dan 13 Ogos. Tawaran ini sah untuk dine-in dan terhad kepada satu set untuk setiap pelanggan.

10. Cu Mart

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CU Malaysia (@cu_malaysia)

Bermula sehari lebih awal, CU menawarkan promosi antara 11 hingga 13 Ogos dengan tawaran serendah RM1. Wow!

Korang boleh mendapatkan diskaun untuk item yang berikut:

  • Aiskrim kedua hanya dengan harga RM1 (harga biasa RM2.99)
  • Teh Grapefruit kedua atau teh Jochiwon Peach dengan harga RM1 (harga biasa RM4.99)
  • Beli dua tin MILO dengan harga RM6 (harga biasa RM4.10 setin)
  • Minuman Delaffe Pouched Kedua pada potongan 50% (harga biasa antara RM4.50 dan RM5.90)
  • Pringles kedua boleh dibeli pada potongan 50% (harga biasa RM8.90)
Destination: