Sekuel The Greatest Showman Dalam Pembikinan?

GAYA HIDUP
February 25, 2019 - 03:14 PM


Filem ‘The Greatest Showman’ mendapat perhatian dan sambutan luar jangka seluruh dunia dan tak hairanlah filem terbabit berjaya mengutip 435 juta USD dan tercalon dalam 3 anugerah terbesar industri hiburan iaitu Oscar, Golden Globe dan Grammy.

Menurut pengarah filem berkenaan, Michael Gracey, kerja-kerja penggambaran untuk sekuel filem berkenaan telah berjalan.

Bercakap tentang kejayaan filem berkenaan, punyalah power sampai berjaya ditayangkan selama 219 hari walaupun ramai pengkritik mengelaskan file mini sebagai ‘flop’. Soundtrack untuk filem The Greatest Showman ni menjadi album paling laris tahun 2018 tau!

Walaubagaimanapun, tidak pasti lagi sama ada pelakon-pelakon yang sama akan membuat penampilan tetapi Hugh Jackman ada beritahu BBC Radio yang dia taka da masalah untuk melakonkan lagi watak P.T Barnum.

Tapi, ada sesuatu yang lain sikit untuk filem kedua ni dimana syarikat Disney telah membeli syarikat yang membuat filem ini dulu, jadi kalau nak ada sambungan, kena dapat ‘green light’ daripada Disney dulu lah.

Salah satu lagu dalam filem The Greatest Showman : The Greatest Show - Kredit Atlantic Record

p/s : Mungkin kerja yang dimaksudkan dari segi paperwork dan sebagainya lah kot, bukan penggambaran.