Siri Dokumentari Baru Di Netflix Yang Boleh Anda Layan Sehingga Habis Perintah Kawalan Pergerakan

GAYA HIDUP
March 23, 2020 - 11:15 AM


Perintah Larangan Pergerakan yang diwartakan minggu lalu semestinya memberikan kesan terhadap sesetengah daripada kita (termasuklah penulis) sendiri. Dalam tempoh ini, kita semua dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah sekiranya tidak mempunyai urusan yang penting bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Dengan kematian ke-11 dicatatkan pada hari ini (23 Mac), serta bilangan kes jangkitan positif yang direkodkan, diharapkan orang awam supaya menuruti perintah yang dikeluarkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Untuk menghilangkan bosan di rumah, pastinya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti mencuba hobi baru yang tidak memerlukan kita keluar dari rumah seperti melukis, menyusun puzzle dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar menonton filem atau siri, pastinya anda ada pilihan sama ada menonton siaran percuma Astro, atau perkhidmatan penstriman video seperti Youtube, Netflix dan lain – lain.

Menurut rekod, lebih daripada 147 juta pengguna Netflix memilih untuk menonton sekurang – kurangnya satu dokumentari di platform berkenaan. Pada musim penularan wabak covid-19 yang dilabelkan sebagai pandemik oleh WHO ini pastinya ramai yang mula menonton sebuah dokumentari yang mempunyai tajuk yang sama di Netflix.

Selain Pandemic, Netflix ada juga dan bakal menyiarkan banyak siri dokumentari baharu sepanjang bulan Mac ini dan ia membariskan pelbagai siri menarik, antaranya :

 

#1. Tiger King: Murder, Mayhem and Madness (20 Mac)

Menceritakan tentang Joe Exotic, seorang pemilik ‘koleksi’ harimau dan singa yang mempunyai Zoo jalanan di Oklahoma.

Tidak dapat dinafikan, beliau merupakan seorang yang mempunyai karisma tersendiri namun mempunyai sisi gelap termasuklah raja dadah, seorang penipu dan ‘ketua’ kepada peminat harimau dan singa di Amerika.

Cerita lebih menarik apabila Joe mendapat ancaman dari seorang lagi aktivis dan juga pemilik santuari hidupan liar yang sama, Carole Baskin. Bermula sebagai persaingan sehinggalah Joe ditahan atas tuduhan cubaan membunuh dengan upahan.

Nak tahu pengakhirannya, kena tonton sendiri dokumentari di Netflix.

 

#2. A Life of Speed: The Juan Manuel Fangio Story (Filem, 20 Mac)

Filem yang dikeluarkan berdasarkan kajian University Sheffield pada 2016 ini menceritakan tentang Juan Manuel Fangio, sorang pelumba Formula 1 yang terbaik dalam sejarah.

Ia akan mendedahkan gaya hidup sepanjang karier pelumba berkenaan termasuklah kehidupan peribadi beliau dan sebab utama mengapa ramai pelumba F1 ini sanggup melakukan sukan yang berisiko tinggi ini.

 

#3. Crip Camp: A Disability Revolution (Filem, 25 Mac)

Crip Camp merupakan sebuah revolusi yang wujud dan berkembang di kem musim panas untuk remaja yang kurang upaya, kem ini mengubah kehidupan mereka dan secara tidak langsung meghasilkan sebuah pergerakan yang sangat luar biasa.

Ia merupakan cerita yang tidak pernah diceritakan (untold story) yang diarahkan oleh pemenang Anugerah Emmy, Nicole Newnham dan bekas pelajar di kem berkenaan Jim LeBrecht. Pengeluar eksekutif termasuk Presiden Barack Obama dan Michelle Obama turut terlibat dalam penghasilan filem ini.