Story Instagram Hilang Audio Lepas Update iOS15? Guna Trick Ni Untuk Betulkan
GAYA HIDUPSeptember 22, 2021 - 12:38 PM
Baru nak enjoy iOS15... tahu-tahu Instagram hilang sound?
Semalam, kemaskini untuk versi iOS terbaru iaitu iOS15 telahpun dikeluarkan dan ramai yang dah kemaskini iPhone mereka bagi menikmati ciri-ciri terbaru yang tersedia di dalam iOS15.
Tapi, ramai pula yang mengalami masalah iaitu Instagram Story tidak dapat dilihat dengan suara sekiranya telefon bimbit diletakkan di dalam mod senyap. Maksudnya, perlu tutup mod senyap baru boleh tengok Story... leceh la kan?
Sebenarnya cuma bug kecil dari Instagram yang mungkin belum siap sediakan aplikasi tersebut untuk iOS15, jangan risau, mudah je nak betulkan.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Kekalkan telefon pada mod senyap.
- Mainkan mana-mana Instagram Reels untuk beberapa saat, tekan butang naik volume sekiranya tiada suara ataupun;
- Muat naik mana-mana video bersuara ke dalam Instagram Reels, ataupun Post.
- Masalah selesai! Instagram Story korang kini dah kembali bersuara walaupun dalam mod senyap.
Nak tahu apa yang best pada iOS15? Boleh tengok video kat bawah ni!