Susah Bangun Sahur? Ini Ada 5 Aplikasi Alarm Terbaik Untuk Anda

GAYA HIDUP
May 09, 2019 - 03:42 PM


Masuk hari ke-3 berpuasa, ada yang tak pernah bangun sahur untuk ketiga-tiga hari ke? Kalau dah makan terlebih awal, tak apelah. Ni yang tak bangun sebab ‘tak dengar’ alarm ni. Kalau yang dah berumah tangga tu, setidaknya boleh harapkan pasangan kejutkan. Kalau yang tinggal dengan keluarga, mungkin ahli keluarga lain boleh kejutkan.

Untuk korang yang ada masalah nak bangun sahur atau senang cerita ‘tidur mati’, ini ada 5 aplikasi alarm yang korang boleh cuba. Kalau tak berkesan jugak, tak tahulah~ Tapi, harap maaf, ini hanyalah aplikasi untuk pengguna Android, untuk pengguna iPhone, boleh cari kalau ada…

#5. Snap Me Up : Selfie Alarm Clock

Sesuai dengan nama dia, aplikasi ini memerlukan pengguna mengambil ‘selfie’ untuk mematikan alarm. Apa yang membuatkan korang akan ‘terpaksa’ bangun adalah, selfie yang diambil perlulah dalam keadaan cahaya yang terang/cukup.

Dalam erti kata lain, kena berjalan bukak lampu. Bijak ‘trick’ dia kan…?

 

#4. SpinMe Alarm Clock

Aplikasi ini secara tak langsung ‘memaksa’ korang untuk bangun dari katil dan berdiri untuk mematikan alarm. Alarm tidak akan mati sekiranya korang pusingkan phone atas katil ye! Jadi, nak taknak, kena bangun, berdiri dan pusingkan telefon untuk hentikan bunyi alarm tersebut.

Jangan spin macam ni pulak... 

Yang bestnya pasal apps ini, korang boleh pilih lagu yang korang suka untuk dijadikan alarm, tapi mengikut pengalaman aku, korang akan ‘mimpi’ lagu itu bermain. Hahaha. Sudahnya tak terjaga pun.

 

#3. Alarm Clock Puzzle

Korang akan terus segar kalau kena buat sesuatu ‘task’, betul tak? Ini alarm untuk korang yang agak liat nak bangun. Sebabnya, ada 4 cabaran yang berbeza boleh dipilih untuk korang buat sebelum alarm dimatikan.

Ada soalan matematik, ejaan semula perkataan, selesaikan maze atau ingat bentuk.

Korang boleh pilih 5 puzzle untuk diselesaikan dan ada level-level yang berlainan. Kalau itu tak cukup untuk bangunkan korang dari tidur atau untuk mengelakkan korang tidur semula, boleh aktifkan ‘Wake-up-poke” yang mana korang kena buktikan yang korang sememangnya dah bangun 5 minit selepas alarm dimatikan.

 

#2. I Can’t Wake Up

Kalau korang jenis ‘heavy sleeper’ aku cadangkan korang download yang ini. Sebabnya, ada 8 task yang berbeza korang perlu selesaikan sebelum alarm dimatikan. Ada soalan matematik, memori, susunan, barcode dan macam-macam lagilah.

Idea dia mudah, dia nak pastikan minda kita dalam keadaan berjaga-jaga. Bila itu berlaku, secara logiknya kita akan hilang mengantuk.

Sama jugak dengan aplikasi sebelum ini, ada fungsi ‘Awake Test’ yang mana dia akan pastikan korang betul-betul dah bangun atau sebaliknya.

 

#1. Alarmy (Sleep If U Can)

Alarmy ni boleh dikatakan aplikasi alarm yang paling popular yang digunakan oleh mereka-mereka yang susah bangun pagi. Punyalah ‘mujarab’ aplikasi ini, ia digelar “ Alarm Dari Neraka “ oleh netizen-netizen tahu tak?

Selain komen pedas netizen, Alarmy juga mendapat undian tertinggi sebagai alarm paling annoying untuk android.

Sama macam aplikasi sebelum ini, Alarmy menggunakan pelbagai cabaran untuk pengguna selesaikan sebelum boleh mematikan alarm dan peringkat cabaran ini boleh dinaikkan sekiranya korang ni sejenis degil benau nak bangun.

So macam mana? Aku harap salah satu ni dapat bangunkan korang... Hehe... Tak pun, guna je trick adik aku, pasang alarm kuat-kuat sampai satu rumah bangun... Dianya tak bangun-bangun... Hahahaha~