Tak Cukup Dengan Simbah Cat, Rizal Van Geyzel Pula Diugut Bunuh

GAYA HIDUP
July 20, 2022 - 06:10 PM


Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel ekoran ugutan bunuh yang diterimanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata ugutan diterima menerusi mesej di telefon bimbit isteri lelaki terbabit daripada seorang lelaki tidak dikenali.

"Ugutan berkenaan ditujukan kepada suaminya dan ia dipercayai ia juga ada kaitan dengan kejadian simbahan cat pada premis kelab komedi berkenaan semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan premis restoran merangkap Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu disimbah cat berwarna merah dan hitam.

Destination: