Terkini! Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi Didakwa Esok!

GAYA HIDUP
July 12, 2022 - 05:18 PM


Masih hangat di media sosial tentang seorang wanita yang didakwa telah menghina Islam selepas video beliau membuat satu stand-up comedy di Crackhouse Comedy Club yang ternyata mengguris hati orang ramai

Tindakan pantas dari pihak polis, telah menahan reman wanita tersebut selama tiga hari pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan manakala teman lelaki wanita itu pula telah ditahan pada hari Ahad.

Wanita yang menghina agama Islam di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan dituduh di mahkamah esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada pejabat peguam negara.

“Susulan itu polis mendapat arahan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini turut disambung selama satu hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, teman lelaki suspek juga akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kertas siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

Selain itu, kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Destination: