"Tak Perlu Bawa Lesen & Tampal Cukai Jalan!" - JPJ Ke Arah Pendigitalan

GAYA HIDUP
February 10, 2023 - 10:27 AM


Nampak gayanya mulai hari ini, rakyat Malaysia dah tak perlu tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan motor (LKM atau cukai jalan) pada kenderaan masing-masing sebaliknya menggunakan mod paparan digital.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif pendigitalan itu diperkenalkan bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.

Beliau berkata, orang awam boleh mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi mobile MyJPJ menerusi App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.

Seiring dengan langkah pendigitalisasian tersebut, Lesen Memandu Malaysia (LLM) Persendirian juga akan turut beralih ke platform digital bermaksud pemegang lesen selepas ini tidak lagi perlu membawa kad fizikal lesen mereka ketika memandu.

 

 

Destination: