Tinggi 65 Sentimeter Je! Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia!

GAYA HIDUP
December 19, 2022 - 05:54 PM


Seorang lelaki mendapat pengiktirafan Guinness World Records untuk kategori lelaki terpendek di dunia, lapor laman berita Wion News semalam. Anugerah itu diberikan Selasa lalu kepada penduduk Iran yang berketinggian hanya 65 sentimeter (sm).

Afshin Esmaeil Ghaderzadeh, 20, yang tinggal di sebuah kampung terpencil di wilayah Azerbaijan Barat berkata, menjadi lelaki paling pendek di dunia terasa ‘seperti mimpi’ selepas dia didapati 6.86 sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelumnya.

Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dan Adjudikator Rasmi, Kanzy El Defrawy menghadiri acara pengukuran di pejabat badan penyimpan rekod dunia itu di Dubai.Afshin diukur tiga kali untuk memastikan dia mencatat rekod baharu itu.

Kehidupan di Iran Utara tidak mudah untuk Afshin. Akibat tidak dapat bersekolah, dia menjadi buta huruf walaupun baru-baru ini berjaya menulis namanya sendiri.

Afshin tidak dapat mengelilingi kampung tanpa bantuan ibu bapanya. Walaupun dia boleh berjalan, dia lebih suka digendong pada masa-masa tertentu.

Destination: