Tips Mengesan Review Palsu Di TripAdvisor

GAYA HIDUP
September 06, 2019 - 05:46 PM


Sejujurnya, TripAdvisor merupakan sumber rujukan yang boleh dikatakan paling boleh dipercayai selepas website, portal mahupun penulisan blog kerana ia adalah rating, review dan berdasarkan pengalaman setiap pengunjung.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini; kalau anda perasan ada banyak kes yang mana pengguna merasakan 'ditipu' oleh review dan rating yang diberikan kepada sesebuah tempat.

Tidak dapat dinafikan, dan terbukti, ada beberapa pengusaha yang mereka atau membuat review palsu di sana dan hampir 50 peratus review terutamanya di hotel mewah didapati mencurigakan menurut satu laporan dan siasatan yang dilakukan oleh Which ? Travel.

Menurut laporan yang sama juga, didapati satu daripada seratus buah hotel mewah akan mempunyai sekurang-kurangnya satu review palsu dan ini secara tidak langsung akan membuat pelanggan berasa tertipu.

15 daripada kes terburuk telah dipromosikan dengan review palsu tahun lepas. Lebih mencurigakan, kebanyakan review 5 bintang yang ditinggalkan oleh pengguna adalah pengguna yang tidak meninggalkan sebarang review lain dan mereka adalah pengguna pertama kali aplikasi tersebut.

Antara contoh template fake review

Selain itu, didapati juga ada review yang dibeli dan dijual di laman web yang menggunakan sistem rating dan review ini dan ianya ternyata bakal menggangu atau merosakkan percutian seseorang.

Perkara ini sebenarnya adalah suatu yang serius kerana ianya bakal meghilangkan kredibiliti TripAdvisor sendiri. Namun begitu, mereka ada berikan tips untuk mengesan review palsu di TripAdvisor.

Cara Mengesan Review Palsu Di TripAdvisor

#1. Pengulangan

Perkara pertama menurut TripAdvisor untuk kesan fake review ni adalah pengulangan perkataan yang sama dalam review lebih-lebih lagi yang memuji dan sebagainya.

Kalau jumpa review yang perkataan dia berulang-ulang, ini biasanya menggunakan template fake review macam contoh diatas tadi. 

 

#2. Review Lima Bintang Selepas Review Buruk

Tips nak tengok review di TripAdvisor ni mudah, perhatikan 5 review terbaru atau bulan terkini. Ia menandakan review berkenaan masih relevan.

Tapi perhatikan juga trend atau 'corak' review yang ditinggalkan. Kalau ada banyak review 5 bintang selepas satu review buruk, ini menandakan ianya mungkin dibeli untuk menjaga reputasi mereka.

 

#3. Rating Rendah Di Tempat Lain

Biasakan diri untuk bandingkan dua atau tiga laman web untuk mendapatkan review. Sebagai contoh, gunakan TripAdvisor, review di Google dan review di laman web tempahan hotel seperti Booking.com atau Agoda.

Jika markah di TripAdvisor tinggi, tetapi di tempat lain rendah, sahlah review tersebut adalah palsu.

 

#4. Gunakan Fakespot.com

Walaupun bercanggah dengan pendapat TripAdvisor sendiri, penganalisis review palsu ini berjaya memberikan rating sebenar dan terendah oleh 730 hotel yang kantoi menggunakan review palsu tersebut.

Jadi, sentiasa berhati-hati ye. Review hotel dan penginapan pun orang boleh tipu sekarang.