VENOM : Fakta Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton Filem Ini!

GAYA HIDUP
October 05, 2018 - 01:22 PM


Memang tengah trend filem yang cerita pasal superhero/antihero yang asalnya daripada komik dan para pembuat filem Holywood mengambil kesempatan terhadap demand yang ada setiap tahun. Bila sebut pasal cerita superhero ni, antara yang ‘power’ semestilah filem-filem berkenaan hero/antihero daripada Marvel.

Marvel antara nama yang tak asing lagi dalam dunia perfileman dan sememangnya popular di industri komik. Setiap tahun, filem-filem daripada Marvel jarang mengecewakan.

Terbaru, Sony Picture Entertainment (pemenang lesen ‘Spider-man’) kini memperkenalkan filem solo salah satu watak ‘jahat’ atau anti-hero yang ditayangkan minggu ini iaitu Venom. Venom, adalah salah satu filem adaptasi komik yang dinantikan pada tahun 2018.

Sebelum korang menonton filem Venom ini, ada beberapa FAKTA yang korang kena tahu tentang Venom.

#1. Kemunculan Pertama

Karakter Venom ni, kali pertama muncul di komik ‘The Amazing Spider-Man’, isu ke-299. Isu #299 ini dikeluarkan pada April 1988, kira-kira 30 tahun lepas.

 

#2. Filem Sebelum Ini

Kalau korang perasan, sebenarnya watak Venom (Eddie Brock), pernah muncul dalam filem Spider-Man 3. Dalam filem tersebut, watak Venom dibawakan oleh Topher Grace yang sebenarnya ingin meng-kantoikan identiti Peter Parker tetapi telah bertukar kepada Venom selepas dijangkiti symbiote.

 

#3. Pengenalan Tertangguh

Pada awalnya, watak Venom ingin diketengahkan dalam filem re-boot Spider- Man. Kalau korang ingat, Andrew Garfield yang jadi Spidey masa tu.

Rancangannya, nak perkenalkan Venom tetapi terhenti ditengah jalan apabila watak Venom ni dilihat ada potensi untuk mendapat sebuah filem solo.

 

#4. Ahli Guardian of Galaxy

Kalau nak dikaji dan dikembangkan sepenuhnya, susur galur watak-watak dalam Marvel ni sering berkaitan. Berdasarkan komik, Venom yang memakai sut symbiote adalah Flash Thompson (pembuli Peter Parker). Dia adalah salah satu ahli Guardian of Galaxy!

 

#5. Watak Venom Ciptaan Peminat Spider-Man

Percaya atau tidak, sebenarnya watak Venom adalah idea asal seorang peminat Spidey yang ingin lihat Spider-Man mengenakan kostum hitam. Pada tahun 1982, Randy Schueller telah menjual watak dan idea tersebut dengan hanya USD220.

 

#6. Perancangan Filem Sejak 2007

Sony sebenarnya telah merancang pembikinan filem solo Venom ini sejak tahun 2007 lagi. Disebabkan berlaku banyak perubahan pada skrip dan jalan cerita, akhirnya pada 2017 barulah penggambaran bermula.

Ia adalah filem pertama dikeluarkan Sony selepas berkongsi ‘universe’ bersama Marvel Studio menerusi ‘Spider-Man:Homecoming’.

 

#7. Pemegang Watak Baru

Dalam Filem Marvel, kebiasaannya seorang pelakon hanya akan memegang satu watak dan ia adalah ‘hak eksklusif’. Sebagai contoh, Thor – Chris Hemsworth, Iron Man – Robert Downey Jr dan lain-lain.

Untuk Venom, hak eksklusif watak tersebut diberikan kepada Tom Hardy. Kalau korang pengikut Tom Hardy kebanyakan filem-filemnya sebelum ini memang ‘ganas’.

Tom Hardy akan memegang watak sebagai Eddie Brock, seorang jurnalis yang mendapat kuasa luar biasa selepas dijangkiti symbiote.

 

#8. Symbiote

Symbiote, symbiote dari tadi. Apa sebenarnya symbiote ni? Symbiote juga dikenali sebagai Klyntar ini adalah sejenis mahluk asing. Ia muncul dalam bentuk cecair pekat.

Jika dijangkiti, hos atau tuan empunya badan akan mendapat entity atau persona baru. Senang cerita watak dan karakter akan berubah. Selain itu. Symbiote ni mampu mengubah bentuk badan, wajah dan penampilan hosnya!

 

#9. Masa Depan Venom

Asalnya, Sony merancang untuk memasukkan Venom ke dalam MCU (Marvel Cinematic Universe). Caranya ialah crossover dalam filem Spider-Man, tapi dalam pengumuman terbaru, mereka ingin ketengahkan Venom ini sebagai watak yang stand-alone dan dipisahkan dari universe tersebut.

Dijangkakan akan ada 2 lagi filem susulan Venom selepas ini kerana Tom Hardy dilaporkan dah tanda tangani kontrak untuk muncul dalam dua lagi filem pada masa akan datang. Bila tu, kena tunggu lagi lah.

Ada kemungkinan, kalau filem yang pertama ni gagal, mungkin dah tak ada. Boleh jadi jugak.

Oh, selain Venom ada beberapa lagi filem yang korang kena tengok, senarai penuh dan trailer boleh tengok di entri : 5 Trailer Filem Terbaru Yang Akan Dilancarkan Pada 2018, awal 2019.