[VIDEO] Peguam Ni Ajar Saman Je Pasangan Yang Curang, Jadikan WhatsApp Sebagai Bahan Bukti!
GAYA HIDUPTahukah anda tindakan saman undang-undang boleh diambil jika berdepan dengan situasi pasangan yang curang.
Menerusi penerangan seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi pada TikTok, beliau berkata, selain suami, tindakan saman ini juga terpakai jika ada isteri yang curang.
“Bagi yang beragama Islam, tindakan saman boleh diambil terhadap pasangan yang didapati curang dengan membuat laporan bersama bukti yang mencukupi untuk dihantar ke pejabat agama.
“Bagi yang bukan beragama Islam pula, tindakan kepada pihak yang telah merosakkan rumah tangga boleh diambil sama-sama dengan pemfailan petisyen penceraian,” jelasnya.
Tambahnya, perbualan di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan dengan jelas bahawa pasangan dengan telah tidur dengan orang lain juga boleh dijadikan sebagai salah satu bukti
“Antara bukti kukuh yang lain adalah seperti sijil atau gambar pasangan anda telah berkahwin di luar negara, resit masuk ke dalam hotel dan jika pasangan anda telah menerima anak dengan orang yang ketiga,” ujarnya.
@lawyergandhi Saman suami curang? Bagi Muslim, boleh saman suami curang. Bagi bukan Muslim, boleh ambil tindakan terhadap pihak ketiga. #curang #madu #perceraian #lawyergandhi #learnontiktok ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan
Sumber: KOSMO! ONLINE