Warner Bros. Pictures Lancarkan Trailer Kedua ‘Detective Pikachu’

GAYA HIDUP
February 28, 2019 - 03:17 PM


November tahun lepas, satu trailer telah dikeluarkan oleh Warner Brothers untuk filem animasi live-action Detective Pikachu ini. Semalam, peminat Pokemon sekali lagi ‘dibelanja’ oleh Warner Brothers dengan trailer kedua.

Trailer kedua nampaknya lebih menarik perhatian ramai kerana menampilkan beberapa pokemon yang sebelum ini tidak pernah diketahui dan watak yang dinantikan oleh ramai iaitu Mewtwo.

Sebelum ini, trailer pertama ada menampilkan beberapa pokemon yang sememangnya sinonim dengan jenama berkenaan macam Bulbasaur dan Lickitung.

Rasa lagi tak sabar semua peminat nak tunggu kemunculan Pokemon kegemaran mereka ni. Lagi-lagi pulak bila tahu suara Pikachu tersebut adalah Ryan Reynolds yang terkenal dengan watak Deadpool.

Detective Pikachu dijangka keluar pada 10 Mei nanti. Sama sama kita nantikan ye.

Sementara tu, korang yang minat tengok movie, jangan lupa Isnin nanti, kitorang ada Tiket Tayangan Perdana Filem ‘Milly & Mamet – Ini Bukan Cinta & Rangga’.