"10 Malam Terakhir Kamu Lancarkan Lagu B*doh Tak Berakhlak" - Ibu Aliff Syukri

HIBURAN
April 01, 2024 - 12:44 PM


Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri telah melancarkan sebuah lagu raya yang telah mendapat kritikan ramai. Ini kerana, lagu tersebut dianggap merosakkan imej seorang lelaki Melayu dan juga cara berpakaian orang Melayu itu sendiri.

Pelancaran lagu tersebut bukan sahaja mendapat hentaman dari orang ramai, namun juga mendapat kritikan pedas dari ibu kepada usahawan tersebut, Rozita Ibrahim.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Rozita jelas menggambarkan kekecewaan yang dirasainya berkenaan dengan lagu raya yang dilancarkan anaknya.

Rozita juga meminta anaknya agar tidak memuat naik video semata mata mengejar kontena viral.

"Jangan hinakan diri utk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya ..!!! Dia haram tetap haram Sudah sudah lah tu ..!!

“10 malam terakhir kejar lailatur Qadr kamu lancarkan vid lagu bodoh tak berakhlak ..!!

“Mana malu ..?? Mana letak maruah .. ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat Kri [Aliff Syukri]. 

“Maaf Mak tegur terbuka – Mak tak kuat kri dah. Orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti.

“Semua orang tak suka tengok. Jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak mencerminkan akhlak Islam. Delete semua video tu!!

“Gaza [bergolak]. Huru hara kemiskinan .. kemarau berpanjangan. Bala Allah tanpa henti ..!! Tak takut ke..!!

“Hidup mak dah akhir-akhir Kri , sangat tak bahagia begini , ramadhan Kri – hormatilah bulan mulia," katanya.

Selain itu, Rozita juga menasihati Aliff Syukri agar memperbaiki diri dari sudut agama.

“Kamu anak harapan mak Kri yang selalu ada hiburkan mak .. tapi ini bukan mak nak jadi begini – saat mak mati nanti Kri , Kri yang solat jenazah mak ..!! Betulkan agama kamu quran kamu – Niat kamu. 

“Kri bukan anak tak baik, sangat baik dgn mak. Tetapi dengan Allah Kri kena usaha lebih buat kebaikan.!!

“Mak baru tengok tadi. Mak malu tolong delete Kri,” ujarnya.

 

Sumber: Instagram

Destination: