"Bagusnya Dia Tak Kekok" - Ajar Aaisyah Cara Siang Ikan, Zain Saidin Dipuji Netizen

HIBURAN
December 28, 2023 - 11:30 AM


Semenjak dua menjak ini, isu tentang siang ikan banyak diperkatakan orang ramai. Bagi sesetengah orang, kemahiran menyiang ikan adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh seorang perempuan. Namun ramai juga yang kurang bersetuju dengan pendapat tersebut.

Baru-baru ini, pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform Tiktok apabila berkongsi sebuah video yang memperlihatkannya mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.

Zain juga menjelaskan bahawa selain dirinya, Aaisyah juga akan diajar oleh Mak Toknya berkenaan dengan cara menyiang ikan.

@zainsaidin23 Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fypシ #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba ♬ Ngusep - Ida Widianingsih

Menerusi video tersebut, Aaisyah yang pertama kali menyiang ikan dilihat tidak kekok meskipun tidak menggunakan sarung tangan plastik.

Melihat ke ruang komen, rata-rata netizen memuji Zain sebagai seorang bapa misali yang rajin melayan karenah anaknya, serta melakukan aktiviti bermanfaat ketika musim cuti sekolah.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa bangga terhadap Aaisyah yang dilihat tidak geli ketika memegang ikan, selain berjaya menyiang ikan tersebut dengan elok.

 

Sumber: Xtra

Destination: