[VIDEO] "Qeyau Nak Ikut" - Anak Rozita Che Wan Menangis Nak Ikut Pergi Wedding Nabila Razali

HIBURAN
November 27, 2023 - 03:15 PM


Hujung-hujung tahun ini, memang banyak majlis perkahwinan berlangsung. Hal ini tidak ketinggalan juga untuk penyanyi popular, Nabila Razali yang mengadakan majlis persandingannya bersama suami, Nik Iruwan Datuk Nik Izani di sebuah hotel mewah di Damansara bertemakan Batik Jawa.

Majlis persandingan tersebut telah dihadiri oleh ramai rakan artis seperti Neelofa, Hael Husaini, Ara Johari, Amira Othman lain-lain termasuk pelakon Rozita Che Wan yang juga telah dijemput menghadiri majlis tersebut.

Namun, disebabkan majlis tersebut hanya menjemput bilangan tetamu yang limited, tak semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut termasuklah anak perempuan Rozita, Aaisyah Dhia Rana yang menangis kerana tidak dapat datang ke majlis persandingan penyanyi itu.

Menerusi video yang dihantar di Tiktok, kelihatan anak kecil itu menangis tersedu sedan kerana terlalu sedih tidak dapat hadir ke majlis itu.

@rozitachewan1 Mampoih dah mummy … qeyau nak ikut niiiiiiiiii . #aaisyahdhiarana #nabilarazli #cheta #fyp ♬ original sound - ROZITA CHE WAN

"Macam mana mommy nak bawa Aaisyah, Aaisyah tak ada seat!

“Allahuakhbar dia nak pi wedding Kak Nabila Razali dia. Tak boleh, seat untuk dua orang saja sayang,” katanya.

Tidak lama kemudian, pelakon wanita itu telah memuat naik satu lagi video yang menunjukkan Aaisyah akhirnya dapat ikut ke majlis persandingan itu.

@rozitachewan1 Tak sia sia qeyau 🤣🤣🤣🤣 adoiiiii bawak jugak laaaaaa p .. . Makeup & rambut by @otongdanish ♬ Usop_Gelora - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Ditanya oleh seorang pengguna bagaimana anaknya boleh turut serta dalam majlis tersebut, menurut Rozita, pihak hotel menambahkan kerusi supaya Aaisyah boleh duduk di meja yang disediakan.

Dua video yang dimuatnaik oleh Rozita tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat gadis kecil tersebut.

Aduhai, nasib baik dapat juga pergi wedding Kak Nabila...

 

Kredit: Lobak Merah

Destination: