[VIDEO] "Kemaruk Nak Jadi Terpaling Pelik" - Poster Konsert Aina Abdul Dikecam Seakan Bentuk Salib

HIBURAN
November 20, 2023 - 11:50 AM


Aina Abdul baru saja selesai mengadakan konsert 'A night with Aina Abdul 3.0' di Axiata Arena, pada malam Sabtu lalu.

Seperti kebanyakan artis lain, Aina turut mengeluarkan poster konsert kali ini dan dilihat juga tema poster untuk konsert tersebut adalah berwarna merah.Namun, ia telah mendapat perhatian seorang pengguna TikTok yang menyelar poster tersebut.

Lelaki itu mendakwa poster tersebut seperti berbentuk salib dan menasihati supaya Aina bermuhasabah diri.



"Apa benda ni Aina, lebih lah kau ni. Dari satu ke satu, kau kenapa Na, apa benda yang merentan dalam jiwa kau tu? Ada saja yang kau nak buat luar biasa" katanya.

"Dia orang dah akhir zaman, kau dah macam ni pula. Ni apa tanda ni? Freemason? Letihlah", katanya.

Lelaki itu menyuruh Aina bawa mengucap dan meminta pandangan kepada orang yang lebih tua.

@kurungbyzaimexclusive #shouldbeme ♬ original sound - Kurungbyzaimexclusive

KOMEN NETIZEN

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 103K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Sumber: Says.com

Destination: