"Baju Pelakon Kena Prepare Sendiri" - Nazim Othman Dedah 'Dark Side' Dunia Hiburan Malaysia, Takkan Setanding Dengan K-drama
HIBURANDrama Queen of Tears yang sedang ditayangkan di Netflix kini sedang menjadi perhatian ramai terutama peminat-peminat k-drama kerana menampilkan pelakon dengan bayaran mahal serta jalan ceritanya yang berbeza.
Bukan sahaja orang biasa, malah pelakon Nazim Othman juga mengikuti drama berkenaan. Hal tersebut dikongsikan oleh Nazim di Instagramnya.
Menerusi hantaran di Instagram, Nazim bukan sahaja menunjukkan dia mengikuti perkembangan drama tersebut tetapi juga mendedahkan sisi gelap industri hiburan Malaysia yang ramai tidak tahu.
Pada mulanya, Nazim menunjukkan satu babak dalam drama tersebut yang menampilkan beberapa pelakon hebat dan terkenal dalam satu frame.
Dia menyatakan bahawa menghimpunkan pelakon-pelakon dengan bayaran mahal dalam satu frame adalah tidak mustahil di sana tetapi tidak untuk industri tempatan.
Nazim kemudiannya mendedahkan sisi sebenar industri seni tempatan yang mungkin tidak diketahui umum.
"Kebanyakkan kontrak untuk pelakon dan krew produksi berat sebelah dan hanya menangkan pihak produser sahaja.
"Tanya rate para pelakon dan krew tapi akan buat apa sahaja untuk minta diskaun setiap masa," katanya.
Bukan itu sahaja, apabila ada pelakon yang mempertahankan ‘nilai’ mereka, pelakon yang ‘memberontak’ itu akan dilabel sebagai demanding dan bermasalah.
Ujarnya lagi, pelakon Malaysia tidaklah semewah seperti yang disangka. Jika dibandingkan dengan negara serantau yang lain, pelakon Malaysia menerima bayaran paling rendah.
Nazim juga mendedahkan bahawa para pelakon juga perlu mengeluarkan ‘modal’ sendiri untuk menyediakan pakaian bersesuaian dengan watak mereka. Selain itu, jika pelakon atau krew datang lewat, ia akan dicanangkan menjadi berita sensasi.
"Seandainya pelakon atau krew lambat ke lokasi akan dijadikan bahan sensasi berita tapi sekiranya mereka lewat melunaskan bayaran sema orang kena tabah dan reda," jelasnya.
Akhir sekali, Nazim mendedahkan ketidakadilan yang dihadapi oleh pelakon dan krew dimana bayaran untuk mereka akan dibayar secara one Off sahaja dan jika drama dijual ke platform lain, tiada royalti akan diberikan.
Sumber: Instagram