"Hilang Dah Rasa Malu" - Netizen Tegur Shuib Kongsi Berita Anak Sudah Akil Baligh Secara Terbuka
HIBURANPelawak dan usahwan Shuib sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sebuah video di laman Instagram berkenaan dengan anak perempuannya yang sudah akil baligh.
Dalam video tersebut, Shuib dilihat gagal menahan air mata apabila satu-satunya anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra memaklumkan sudah akil baligh selepas datang haid.
Dia menangis sampai memeluk Talita sambil mengatakan anaknya itu sudah memasuki alam dewasa dan dia akan mengenang peristiwa tersebut dalam ingatannya buat selama-lamanya.
“Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.
“Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat.” tulis Shuib.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Di ruangan komen, ada yang turut rasa sebak seperti Shuib.
Manakala, sebilangan besar pula ramai yang memberi teguran kepada pelawak berkenaan kerana memberitahu isu privasi secara terbuka.
"Maaf kalau saya cakap ini mengecilkan hati ...saya bukan semudah2 nya nak komen mana2 IG orang. Saya rasa terlampau sulit. Perkara ini terlalu sulit utk di share kan.
"Dulu orang senyap2... Skrg habis canang merata ceruk. Hilang dah rasa malu.
"Demi privacy dek taaa lebih baik delete post nie," komen mereka.
Sumber: Instagram